Hello pembaca semua..
Di kesempatan ini aku cuma nak story kisah cintaku dengan seseorang yang amat ku sayangi pada suatu ketika.
Pada masa aku posting kat negeri lain. Dan sekembalinya aku ke daerahku, aku mula bertemu dengannya di suatu majlin makan-makan.
Aku jadi terus tertarik sungguh-sungguh dan terus ku risik melalui orang lain. Perasaan itu cuba aku luahkan pada si dia tetapi sudah terlambat kerana dia baru saja dipinang orang.
Perkenalan itu berakhir di situ saja hampir 10 tahun lamanya. Kenangan itu hanya tersimpan di blog ingatanku bahawa aku sudah jatuh cinta dengannya. Meskipun begitu aku masih tetap mengikuti perkembangan dirinya dari hari ke tahun ke tahun.
Pada awal perkahwinannya aku melihat dia amat bahagia sekali dengan suaminya dan memperolehi 2 orang cahayamata. Selang beberapa tahun aku bertemu dengannya secara tidak sengaja di facebook. Kami bertegur sapa dan bercerita panjang tentang kisah masing-masing.
Hubungan kami menjadi akrab kembali dan aku cuba menceritakan kepada dia tentang hasratku suatu masa dulu. Dia terkejut dan merasa agak kesal kerana jodohnya dengan orang lain. Tapi dia redha dan menerima jodohnya itu walaupun sebenarnya mereka sudah tidak bersama di katil hampir dua tahun. Hubungan itu menjadi dingin kerana wujudnya cinta tiga segi dan keupayaan suaminya untuk berubah tidak pernah menjadi-jadi.
Aku yang sentiasa meminati dia terus menjadi peneman kepada isi hati hidupnya..hari demi hari kami ber sms dan kadang2 di internet, dan menjadikan kami semakin akrab dan dari panggilan nama terus bertukar sayang.
Bukan sekadar itu sahaja.. kami juga selalu bertemu dan berperasaan di suatu tempat dan agak kerap tetapi masih terkawal.
Aku cuma ingin memberitahumu..walaupun kita jauh, aku tetap merindukanmu dan sentiasa mengharapkan hubunganmu sentiasa bahagia meskipun sukar. Kasih sayangku tak pernah berubah. I MISS YOU..I LOVE YOU SO MUCH...Muah3...
Keramat, Kuala Lumpur,
Malaysia