SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

6 Mar 2013

Kamariah by Nanqai


Kamariah...

Bagaimana kau sekarang? Aku pasti kau sedang gembira. Aku pun tahu kau sedang bahagia. Alangkah beruntungnya kau kerana masih mampu rasa bahagia sedangkan aku terkesan dengan perbuatan kau. Sampai hati kau Kamariah. Apalah dosa sebenar aku pada kau sampai kau begitu? 

Kau begitu licik menyampaikan pembohongan kau pada orang-orang di sekeliling dan kau memang benar-benar berjaya. Aku adalah mangsa pengkhianatan kau, Kamariah. Kau benar-benar kejam. 

Bahagialah kamu wahai Kamariah di atas penderitaan orang lain dan semoga anak-anak kamu tidak terima balasan atas perbuatan kau atau janganlah sampai mereka mengikuti jejak langkah kau akhirnya.. 

Kau tahu siapa aku.. 


Luahan Hati NANQAI,
Jasin, Melaka.
7.3.2013


Bila Aku Menulis ...