SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

18 Jun 2014

Meniti Hari - Puteri Dhea


Buat pertama kali, aku meluahkan perasaanku disini kerana tidak tertahan lagi untuk simpan di dalam lubuk hati kecilku. Tapi inilah yang terjadi dalam kehidupanku.


Ku sedang menghitung hari yang paling sejarah di dalam kehidupanku.. Hari yang paling pahit untuk mana mana wanita. Aku bakal digelar janda dalam beberapa minggu lagi. Ya Allah! Hanya engkau sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku. Sememangnya aku tak percaya ini semua berlaku dalam sekerlip mata. Sesungguhnya, tiada apa yang dapat aku mampu lakukan selain berdoa kepadamu Ya Allah. Hatiku hancur, hancur tidak terkata. Apa lagi yang mampu lakukan? Telah aku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumahtangga yang kami bina ini. Apakah tiada jodoh diantara kami berdua? Adakah mungkin ini dugaan buat kami berdua untuk menjadi lebih matang sekiranya kami dapat menyelamatkan masjid yang telah kami bina. Ya Allah aku buntu, buntu dengan segalanya. Tidak kunafikan, aku tetap menunggu panggilan suamiku pada setiap hari walaupun jujur aku tahu hatinya bukan lagi bersamaku.


Aku hanya mampu berdoa ...... Sesungguhnya aku amat merinduinya.... Dan aku amat mencintai dirinya......


Puteri Dhea

Luahan hatiku --- June 17 2014 (Selasa)
Singapura.

Bila Aku Menulis ...