SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

4 Nov 2013

Dia Abang Sepupuku - Kasih


Dua tahun dulu aku dikenalkan dengan dia oleh orang tuaku dengan hasrat untuk menyambung silaturrahim dengan keluarga jauh, tapi aku protes. Aku tak kenal dia, hanya nama aje yang selalu disebut-sebut. Aku yang gila dengan kerjaya aku, mana mahu dipadan-padankan dengan orang yang aku sendiri tak kenal walaupun hakikatnya dia adalah sepupuku anak kepada maklong belah ayahku.. akhirnya kisah tu berkubur begitu aje sehinggalah arwah ibuku pergi buat selamanya kepada Penciptanya.

4 tahun kisah itu berkubur, tiba-tiba hari ini aku berada didepannya. melihatnya dari dekat, melihat penampilannya, gaya bersahaja dia hati aku tiba-tiba dup dap dup dap. Kami bersemuka jua akhirnya. semuanya secara tidak sengaja di majlis perkahwinan sepupu kami juga. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa itu, kelu lidah, malu pun ada. Pertama kali memandangnya aku dah jatuh hati dengan nya .. Oh tidak, kalaulah dulu lagi kami bersemuka, mungkin ceritanya tak seperti hari ini. 

Dua hari aku seperti orang angau. Celik mata nampak dia, pejam mata pun nampak dia, senang cerita di mana-mana aku nampak dia... dia.. dia.. Aku tahu aku salah jika terus memikirkan dia kerana antara kami tak mungkin akan ada apa-apa kecuali ikatan sebagai saudara sepupu. Kerana hatinya telah dimiliki. Masa diperkenalkan dengan bakal surinya tiba-tiba hatiku luluh... tapi aku tak tahu kenapa aku masih angau dengan dia. 

Orangnya biasa-biasa saja, kerjanya pun biasa-biasanya aje. tapi tak tahu kenapa aku angau gila kat abang sepupu aku ni... mungkin kerana sikap bersahaja dia, sikap hormat pada orang tua, senyumnya dan yang penting trademark dia songkok tinggi.. hehehe. 


Terima kasih Allah, kau memberi aku secebis kegembiraan hasil pertemuan ini. Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu. Aku menerimanya sebagai Abang Sepupuku... Ya Abang Sepupuku... 

Nukilan Kasih,
Johor Bahru, Johor.

Bila Aku Menulis ...