SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

20 Mar 2014

Hatiku Tertinggal Di Hatimu - Jiwa Kacau

Wahai pembaca yang sudi membaca, ketahuilah luahan hatiku ini

Okey Luahan Bermula..

Aku bukanlah bidadari syurga...aku juga manusia biasa. jujur ku akui, pertama kali aku berjumpoa si dia adalah di sebuah kelab malam ternama di kuala lumpur. namun niatku ke sana hanyalah untuk mendengar muzik. sumpah aku tak sentuh benda2 haram itu. lalu si dia mendekati ku dan mengajak ku menari. aku menolak dgn baik. 


Dipendekkan cerita, kami mula mengenali antara satu sama lain. dan bibit cinta mula berputik.. di awal perkenalan dia tidak menyentuhku.namun semakin lama dia berani meminta sesuatu yg sukar aku berikan. dia menginginkan 'mahkota' ku. kerana cinta yg teramat sangat pada si dia, ku penuhi permintaan nya. 

2 bulan kemudian, aku disahkan berbadan dua. namun dia tidak mempercayainya dan mengatakan itu bukan darah dagingnya. si dia menghilangkan diri setelah ku berikan hati dan mahkotaku kpd nya.
Anak itu aku simpan dan kuserahlan kpd yg memerlukan.
begitulah hatiku tertinggal di hati si dia. 

p/s : berhati-hati.jgn mudah menyerahkan hati anda kepada si dia terutama yg anda jumpa di tempat yg tidak sepatutunya.

Luahan hati Jiwa Kacau,
Damansara,
Kuala Lumpur.

Bila Aku Menulis ...