Semalam..
masih ku ingat
kuberanikan diri
kutebalkan muka
secebis kertas bernama ku tulis
dengan harapan kau membalasnya
seminggu ku menunggu
balasan tidak lagi ku terima
ku beranikan diri duduk di samping mu
walau debaran menyuruhku pergi
kau melayan ku walau kau masih ragu-ragu
dan di situlah sinar harapan muncul
semakin hari hatiku berombak
dengan berani kunyatakan rasa sayang
dengan harapan kau juga sama sepertiku
tapi...
seperti pepatah melayu lama: ingatkan panas sampaike petang..hujan pulak di tengah hari..
jawapan kau berikan sungguh mengecewakan
dan semalam
adalah kekecewaan ku
kau dalam dilema
tidak juga memilihku
tidak juga memilihnya
tapi aku menyedari bahawa Tuhan itu mempunyai perancangannya tersendiri
tapi aku sedar
dia yang lebih dulu mengenalimu
dan aku..
aku cuba untuk bertahan
tapi air mata lebih dulu gugur
dan semalam juga
buat kali pertamanya..
aku menangis
tangisan yang ku tahan selama ni
gugur jugak hujan air mata
hari ini
aku bangun dengan semangat baru
cuba untuk melupakan apa yang terjadi semalam
namun,semalam tidak juga dapat kulupakan
aku berserah kepada-Mu ya Allah
tabahkan lah hatiku, tenangkanlah jiwa ku
aku memohon kepada-MU ya Allah
sekiranya dia jodohku
pertemukanlah kami di suatu hari nanti
dan jika dia bukan jodoh ku
kau hilangkanlah perasaan ini..
kepada kamu
sayang ini bukan ku pinta
aku memohon maaf kalau ini membuatkan mu terganggu
tiada niatku untuk menyayangimu
semua ini adalah ujian dariNya untukku
sebagai seorang hamba yang sentisa melakukan kesilapan dalam hidup..
terima kasih atas segalanya
semoga bahagia dengan pilihanmu
dan aku akan sentiasa mendoakan kebahagianmu..
sekian...
terima kasih sudi membaca luahan hatiku..
insan tabah...\0/
l
/ \
CINTA - Cerita Indah Namun Tiada Arah..
Luahan Hati Insan Tabah,
Kota Kinabalu,
Sabah.