SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

19 Apr 2014

Layakkah Aku Untukmu? - Jie

Aku sedar diriku siapa gadis yang sederhana, tidak bertudung labuh, berpakaian biasa saja.Seperti kebanyakan orang. Tetapi aku ada keinginan untuk menjadi muslimah yang lebih baik.InsyaAllah kalau diizinkanNYA.Ada sesetengah orang mengatakan cinta tidak mengenal usia. 

Aku juga berpendapat seperti itu. Kebetulan juga aku telah mengenali seorang jejaka yang lebih muda dua tahun daripada aku.Hubungan kami serius walaupun berjumpa hanya sekali sahaja disebabkan masing-masing sibuk belajar di institusi berlainan. Aku mengenalinya baru sahaja setahun. Dia orangnya baik, patuh pada Agama dan orang sepertinya lah orang yang aku cari selama ini yang dapat membimbing aku untuk mencintaiNYA.Pendapat aku, memang semua wanita inginkan ciri-ciri sepertinya menjadi pendamping hidup mereka. Aku cuma khuatir adakah aku layak hidup bersamanya. 

Aku banyak serba kekurangan berbanding dengan dia. Kadang-kala, timbul juga persoalan patutkah aku me! ngundur diri sedangkan hatiku tetap mengatakan bahawa hatiku telahpun terikat degan hatinya.Aku berharap dia orang pertama dan terakhir dalam hidupku.Aku tidak mampu menipu perasaan aku sendiri. Aku berdoa kepada Allah semoga kami disatukan tetapi sekiranya aku bukan terbaik untuknya, aku belajar untuk cuba menerima hakikat. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Luahan Jie,
Lahad Datu, Sabah.

7 Apr 2014

Kenapa Nasib Aku Macam Ni - Iqa

Kenapalah nasib aku teruk bagi aku ujian yang Maha Esa bagi terlalu berat utk pikul.....
Aku tak tahu apa lagi yang akan tuhan berikan pada aku... 
Aku redha sbb aku tahu pasti ada hikhmah disebalik ujian aku ni.

Aku selalu harapkan yang terbaik dari tuhan..

Luahan Iqa,
Shah Alam.

Bila Aku Menulis ...