SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

28 Nov 2014

Kisah Hidup ~ Rini

Kenapa semua ni boleh belaku dalam hidupku..aku kehilangan orng yg ku sayang dari kecil dia menjagaku dengan baik...iaitu orang mengasuh aku..aku sangat sayangkan dia..tapi allah lebih dan amat menyayangi dia..insyallah aku akan tabahkan diri..

Luahan hati Rini,
Kedah Darul Aman.

24 Nov 2014

Ini Aku ~ Andnuar

Setiap kali aku ingin merasa gembira bersama ramai kawan, aku merasakan aku seperti tidak wujud pada meraka kerana aku merasa aku seperti sendirian, aku inginkan kawan baikku semula Mizy, walaupun kesilapan aku menyebabkan dia berpindah sekolah tetapi tiada gantinya dia sebagai kawan rapat aku, walaupun dia perempuan dan aku lelaki kami tetap menjaga batas pergaulan, dia adalah orang yang aku panggil sahabat sejati, setiap hari ada sahaja cerita yang kami berkongsi tidak kira masa sepanjang waktu persekolah aku selalu bersama dia tiada orang lain kerana kami hanya berkawan berdua.

Tetapi sekarang aku bersendirian apabila dia berpindah mengikut ibunya ke Perak. apa yang boleh aku katakan ini sudah takdirku, aku tidak menemui kawan sebaik mizy sampai sekarang, aku tetap merasa gembira dengan kawan kelasku tetapi aku tidak mungkin cerita masalah peribadiku kepada mereka. Aku tidak mahu memiliki ramai kawan cukup hanya seorang yang memahami aku, aku juga seorang yang periang bila dihadapan orang tapi menaggis bila bersendirian , aku tetap mempunyai kawan bersembang didalam kelas samaada lelaki atau perempuan, aku memang mudah berkawan tetapi aku susah untuk percayakan seseorang, percaya aku hanya sekali setelah kantoi tiada lagi kepercayaanku kepada mereka, aku juga bukanlah peramal tapi aku tahu siapa yang betul betul ingin berkawan dengan aku atau perlu aku bila perlu sahaja. 

Dari awal tahun lagi budak perempuan kelas aku seperti ada rahsia yang tidak mahu dikongsi, aku tahu rahsia itu ialah antara aku dengan kawan baikku, semua kenangan manis selama ini hanya tersimpan dia dalam memori minda aku berharap aku tidak akan melupakan semua kenangan itu, walaubagaimanapun aku harus teruskan hidup aku seperti pelajar biasa, tahun hadapan 2015 aku akan menghadapi SPM, so aku tidak perlu rasa tertekan dengan masalah aku sekarang, aku berharap aku akan jumpa orang seperti mizy bila suatu hari nanti.. aku h! anya berharap dengan penuh harapan. tapi aku mempunyai kawan senior Tazihan, dia adalah kawan aku sebelum aku berkawan dengan mizy tetapi aku dengan Tazihan kurang rapat di sekolah kami hanya berkawan dan berkongsi cerita bila diluar kawasan sekolah.. aku tidak mahu kehilangan kawan baik aku untuk selamanya, masih aku ingat pengalaman manis semasa aku dan mizy dikejar anjing ketika lawatan kelas kami, hahahaha mungkin kena kejar anjing adalah pengalaman pahit tapi bagi aku itu adalah pengalaman manis kerana bukan senang untuk diulang semula pengalaman itu,

Itu sahajalah yg dapat aku berkongsi, jika ingin diingatkan begitu banyak pengalaman kami di kem pengakap lawatan kelas program ceramah di Baling.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku ketika itu.. sekian terima kasih, Assalamualaikum.

Kenangan Andnuar,
Sik, Kedah.

21 Nov 2014

Salahkah Aku ~ Teruterubozu

Saat ini aku masih lagi teringat apa yang dia cakap kat aku. Dia tuduh aku perosak rumahtangga dia, padahal selama ni aku sentiasa ingin dia bahagia. Keputusan aku untuk memutuskan hubungan talian dgnnya berakhir dengan pergaduhan. Bukan dengan wife dia tapi dengan dia. Aku langsung takde niat nk khianati dia. Semuanya secara tak sengaja..tapi yang buat aku terluka dan sedih..dia langsung tak nak tau penjelasan aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia n wife dia. Aku pun ada life sendiri..dan hingga kini dia tak pernah aku lupakan sebagai seorang sahabat .

Luahan hati,
Teruterubozu,
Kulaijaya, Johor Bharu


16 Nov 2014

Ku terima Adanya ~ Eisya Alyaa


Memang benar Allah tidak akan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.
Kehadiran seseorang itu mungkin akan mengubah hidup kita atau kita yang akan mengubah hidup dia. Itulah yang terjadi dalam hidupku. Selama lapan tahun lebih tidak terlintas untuk memikir akan kehadiran seorang lelaki dalam hidup ini, sebaliknya ini yang terjadi.

Susah sebenarnya hendak membuka hati ini bila cinta di khianati..Cinta pertamalah katakan. Bercinta, bertunang, bernikah tapi akhirnya bertahan hanya setahun sepuluh bulan sahaja. Sedih yang teramat sedih..Tatkala ditinggalkan dengan tidak berkerja ketika itu, anak baru nak belajar jalan jatuh...arggghhhh...hanya Allah sahaja yang tahu.

Ku terima segala takdir itu akhirnya ku terima kemanisan hikmahnya. Mungkin telah biasa hidup berdikari hingga aku tak terfikir untuk ada teman penganti sehinggalah aku dikenalkan dengan seorang duda yang tiada anak dan kematian isteri melalui seorang kawan.. Lelaki inilah yang telah mengubah perasaanku. Perasaan takut masih menghantui, takut dikecewakan dan kerana terlalu berwaspada aku bersikap acuh tak acuh terhadap dirinya. Bak kata orang tu macam main tarik tali. Aku keliru dengan perasaan ketika itu. Walaupun kami tidak pernah berjumpa tapi aku tahu dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga kata kawan sepejabatku iaitu sekampung dengan dirinya mengatakan dia adalah lelaki yang baik.Saatku telah membuka hatiku dia pula berdiam diri. Kalau dulu aku yang cuba elak dan menguji dirinya. Kini dia yang mengelak dan aku pula yang teruji.Tapi aku tak salahkan dirinya. Dia dah terlalu banyak bersabar. Akhirnya aku yang memutuskan agar tidak meneruskan perhubungan lagi. 

Terima kasih Ya Allah, kerana telah memberikan ujian ini.Sungguh indah rahsia hidup ini. Buat dirimu yang telah membuka hatiku, ku harap kau akan sentiasa bahgia, dan hati ini sebenarnya masih mengharapkanmu.Sekiranya bukan kau untukku, ku berharap sangat agar jodohku biarlah seperti dirimu. Buat bekas suamiku, ku harap kau bahgia dengan perjalanan hidupmu dan akan menginsafi segala perbuatanmu. 

Luahan hati Eisya Alya,
Kajang, Selangor

11 Nov 2014

Tak Mampu Untuk .. ~ Qaseh Amirah

Tak semua perempuan boleh lupekn semua kisah silam mereka,,,ada sesetengah perempuan yg derite dgn kisah silamnye...ermmm...mmg susah nk lupakan seseorang yg pernah hadir dan menceriakan hidup kite dulu...dn sekarang die pergi tnpa kata,,,,

Luahan hati ,
Qaseh Amirah,
Pahang.

10 Nov 2014

Tabah ~ Airis

Kekadang dlm hidup ni kita xkan dpt apa yg kita impikn..tapi aku masih boleh tersenyum mensyukuri nikmat yg Allah berikan..tetapi kesabaran manusia ada batasnya...tp kenape dgn aku yer...seolah-olah dlm diri ini sentiasa tiada batas utk org perlakukan aku pelbagai rupa..kdg2 tu kecik hati ini bila org yg menyayangi kita sntiasa memperlekehkan kebolehan kita..sentiasa menuduh kita nyanyuk..bagaimana perasaan anda bila berada di tempatku...

Luahan Airis,
Kuantan, Pahang.


7 Nov 2014

Nilai sebuah Percintaan ~ Lieyah

Nilai Sebuah Rasa Bukan Hanya Sekadar Memiliki Jasadnya.
Tetapi Nilai sebuah rasa itu lebih berharga Andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan.


bukan hanya penuh dengan kepura-puraan tidak dapat menilaikan kasih,namun nilai kebencian yang ada.

sememanya cinta datang tanpa kita undang,namun cinta itu lebih manis dari gula jika di selit dengan keikhlasan.


Nukilan Lieyah,
Sandakan, Sabah.

6 Nov 2014

Hati Mula Merasakan Sesuatu ~ DatenSteady

Sayang tu mugkin ada pada semua tapi cinta tak mugkin ramai yang mampu memiliki. Aku menyintai dia dan juga dia tapi aq x mampu nak pilih antara dia atau dia. si dia yag sudah lama aq cintai tapi dia juga menyakiti aq. dia yag baru aq cintai tapi dia membuat aq bahagia. dia mgkin x dew harta bnde tapi dia penuh dgan kasih sayag. tapi dia berlawanan dia penuh dengan harta bnde dan dia juga memberi aq kaseh sayag yag melimpah. Mereka menerima kekurangan dan kelebihan aq. tapi dia suke membandingi aq dan bekas dia itu kelemahan aq. tapi si dia x pernah bercerita tentang kisah silam dan dia juga x ingin tau akan kisah silam.

Dia menginginkan sesuatu yag baru dan meminta aq melupakan sume yag dah terjadi. aq amat menyayangi mereka tapi aq x tau untuk pilih siapa. Maaf andai hati nih akan menyakiti salah seorang.

Luahan hati DatenSteady,
Melaka.

Bila Aku Menulis ...