SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

29 Nov 2013

Kecewa Dengan Si Dia - Eiza Ampang

Assalammualaikum...

Buat si dia, Ahmad Harith, semoga sihat dan ceria selalu. B , sebenarnya ayg masih sayangkan B, masih rindukan detik2 terindah kita bersama sebelum ini. Tapi, baru2 ni, ayg mulai sedar, yang sayang dan cinta B bukanlah untuk ayg seorang. Mulanya ayg ingat B ikhlas sayang ayg. Tapi x, ayg salah. Cuma disini, ayg harap sangat, B , setialah dengan yang satu, sedarlah, B pernah lukakan hati seorang wanita sebelum ini. B pernah lukakan hati ayg. Belajarlah untuk jadi pencinta yang tulus mencintai. 

Walaupun bukan dengan ayg, dengan wanita lain sekalipun. Ayg harap sangat B dapat berubah. Ayg tahu, ayg salah, sebab tinggalkan B. Tapi ayg tak ada pilihan, ayg sedar, ayg bukan yang terbaik untuk B. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk kita. Berpisah. Ayg tinggalkan B bukan bermakna ayg bencikan B. Tapi sebab ayg mulai sedar yang B akan lebih bahagia tanpa ayg disisi. Cuma 1 je ayg nak B tahu, hati dan perasaan ayg cuma untuk B seorang. InsyaAllah , Ayg akan sentiasa tunggu B, untuk hadir semula dalam hidup ayg.

Miss u so much B.
Take care.

Ikhlas dari,
Eiza, Ampang,

Selangor.

21 Nov 2013

Jalinan Sayang Antara Kita Takkan Terpisah - Wawa

Tanpa ku sedari perkenalan antara kita membuahkan bibit-bibit cinta. Sesungguhnya kau sangat istimewa dan aku menerima kau seadanya, Namun jodoh antara kita terhenti, atas keegoan dan kekhilafan masing-masing hubungan kita berakhir, namun perasaan cinta dan sayangku terhadap kau tak pernah hilang. 

Walau beribu yg datang yg lebih baik namun kau tetap mendapat tempat di hatiku, kini masing-masing dah mulakan kehidupan baru, kau dan si dia akan berkahwin dan aku pula sedang mengira hari, tapi ternyata perasaan aku pada kau masih kuat, terasa berdosa tapi hati aku tak kuat, aku berharap dapat mengundurkan kembali masa, tapi apakan daya, aku cuma mampu berdoa dan aku berharap agar kau bahgia dengan pilihan kau, dan aku akan cuba sedaya upaya utk membuang nama kau, diri kau, kenangan antara kita dalam hati aku, demi kita berdua...tapi aku tak tahu ianya sukar.

Kerana cinta antara kita merupakan kenangan paling indah yg aku pernah alami, aku sayangkan kau..
selamanya... 

18 Nov 2013

Menjadi Mangsa - Adik

Admin ...

Emm, tiada siapa-siapa pun faham akan perasaan ku ini ...

Siti Syafiqah @adik 
Shah Alam, Selangor.

4 Nov 2013

Dia Abang Sepupuku - Kasih


Dua tahun dulu aku dikenalkan dengan dia oleh orang tuaku dengan hasrat untuk menyambung silaturrahim dengan keluarga jauh, tapi aku protes. Aku tak kenal dia, hanya nama aje yang selalu disebut-sebut. Aku yang gila dengan kerjaya aku, mana mahu dipadan-padankan dengan orang yang aku sendiri tak kenal walaupun hakikatnya dia adalah sepupuku anak kepada maklong belah ayahku.. akhirnya kisah tu berkubur begitu aje sehinggalah arwah ibuku pergi buat selamanya kepada Penciptanya.

4 tahun kisah itu berkubur, tiba-tiba hari ini aku berada didepannya. melihatnya dari dekat, melihat penampilannya, gaya bersahaja dia hati aku tiba-tiba dup dap dup dap. Kami bersemuka jua akhirnya. semuanya secara tidak sengaja di majlis perkahwinan sepupu kami juga. Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa itu, kelu lidah, malu pun ada. Pertama kali memandangnya aku dah jatuh hati dengan nya .. Oh tidak, kalaulah dulu lagi kami bersemuka, mungkin ceritanya tak seperti hari ini. 

Dua hari aku seperti orang angau. Celik mata nampak dia, pejam mata pun nampak dia, senang cerita di mana-mana aku nampak dia... dia.. dia.. Aku tahu aku salah jika terus memikirkan dia kerana antara kami tak mungkin akan ada apa-apa kecuali ikatan sebagai saudara sepupu. Kerana hatinya telah dimiliki. Masa diperkenalkan dengan bakal surinya tiba-tiba hatiku luluh... tapi aku tak tahu kenapa aku masih angau dengan dia. 

Orangnya biasa-biasa saja, kerjanya pun biasa-biasanya aje. tapi tak tahu kenapa aku angau gila kat abang sepupu aku ni... mungkin kerana sikap bersahaja dia, sikap hormat pada orang tua, senyumnya dan yang penting trademark dia songkok tinggi.. hehehe. 


Terima kasih Allah, kau memberi aku secebis kegembiraan hasil pertemuan ini. Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu. Aku menerimanya sebagai Abang Sepupuku... Ya Abang Sepupuku... 

Nukilan Kasih,
Johor Bahru, Johor.

1 Nov 2013

Kepada Awak Yang Digelar EX - Hadi

You walaupun dah 3 tahun kite clash .. walaupun you dah dah kapel dan bahagia sekarang . Hari hari I tunggu you , bukan I doakan you clash dengn dia .. tapi I tetap tunggu you tak kesah laa you nak cakap ape . I sayang you sangat sangat sayang .

Luahan hati Hadi,
Kuala Lumpur.

Kasih Ku Tetap Ada - oleh DPA82


"Untuk R.."bagaimanakan ku mula..


apakah kata-kata yang indah untuk di abadikan.." begitulah bait puisi yang dihasilkan oleh M.Nasir. Itulah juga ayat pertama yang ku tuliskan untukmu di atas papan hitam dibilik kuliah itu.Aku begitu teruja ingin mendekatimu, ingin mengenali mu tetapi beitu kaku dan kelu bila kau ada disitu. Dan tiada siapa tahu siapa R itu sebenarnya sehinggalah tulisan itu dipadam oleh siswa lain. bait puisi itu tetap terpahat dihatiku walaupun sudah 31 tahun berlalu. Sehingga tamat pengajian kita, aku tidak berani untuk meluahkan pada mu. Aku hanya melihat dirimu dikelilingi rakan yang lain. terbit rasa cemburu pada siswa lain yang berbual mesra dengan mu Imah.

Rozimah..kini selepas 31 tahun, kita bertemu semula. Aku tidak dapat membendung perasaan ku terhadap mu. Perasaan itu membuatkan aku lupa kita telah dimamah usia, telah jauh berbeza daripada yang dahulu. Kita masing-masing telah berumahtangga, punya cahayamata. namun aku tidak mampu bertahan Imah. Maafkan aku kerana telah meluahkan perasaan ku pada mu beberapa hari lalu. Katamu luahan hatiku membuatkan kau rasa bersalah. Benar Imah,aku juga bersalah pada isteri dan keluargaku. 

Imah...aku akan terus menyimpan perasaan itu... ia milik ku...selagi Allah membenarkan ia berada dalam hatiku. Walaupun tidak ku lafazkan, akan ku simpan kalimah tiga perkataan itu dalam hatiku.

Salam ku..

Zaman,

Shah Alam, Selangor DE.

Bila Aku Menulis ...