Dah 13 tahun peristiwa ini berlaku tapi aku tak bisa mengerti dan menemui jawapannya. Aku takut membuat andai sendiri, kerana iany pernah memerangkap aku sehingga menyiksa jiwaku.
Peristiwa itu berlaku semasa aku menuntut di Kolej Shahputra. Aku tak pernah termimpi untuk mengukir kenangan itu. Tapi ianya telah di takdirkan untukku. Pertemuan pertama kami di bus station kuantan, pahang. Kali pertama aku rimas dengan pandangan tajam matanya. Tak ku sangka kami sekolej cuma dia seniorku.
Sejak dari pertemuan pertama, kami di takdirkan untuk bertemu di kawasan kolej. Dari jauh aku sudah sedar akan kehadirannya. Riak mukannya kelihatan gembira menanti aku dan teman - teman melintas. Aku buat tak tahu sahaja kerana firasat ku, mungkin dia ingin menegur teman ku. Tapi firasat ku meleset. Dia kelihatan hampa.... aku tidak ambil peduli sebab dalam fikiran ku mungkin dia tidak berani menegur temanku.
Pertemuan kedua pula, aku tak perasan ada mata yang memerhatiku. Kali ni dia nampak tenang matanya setia memerhati gerak geriku dan temanku. Aku terpaku seketika, hatiku berdetik. Kenapa dia memandang aku dan kawanku sebegitu. Aku membiarkan sahaja,firasat ku mungkin dia sedang perhatikan temanku. Entah kenapa aku pula tercari-cari dia. Tanpa di duga kami bertentangan mata. Aku amat terkejut, mukanya tenang tapi matanya membuat aku ketakutan. Dengan pantas aku melarikan mataku, aku takut aku perasan sendiri.
Pertemuan ketiga pula berlaku di kedai roti tidak jauh dari kolej ku. Teman - teman ku sudah menyedari hal ini malah mereka juga sudah mengenali teman - temannya. Semasa aku masuk ke kedai roti aku menyedari kehadiran aku dan teman - teman di perhatikan teman - temanya. Namun kehadiran dia tiada di situ. Sedang aku asyik menikmati roti, temanku menegur bahawa lelaki yang aku gelar sebagai amir baru tiba dan tingkah sedang mencari seseorang. Tanpa di duga kami bertentang mata, aku segera mengalih pandangan kerana hati aku ketakutan. Aku perasan dia yang sedang berdiri pada awalnya mulai duduk, ada riak suka di wajahnya.
Pertemuan keempat pula berlaku di luar bilik pensyarah. Petang itu aku dan temanku bergegas bertemu dengan pensyarah kami untuk bertanyakan soalan. Sedang asyik mendengar penjelasan pensyarahku. Tiba - tiba aku terpandang kelibatnya. Aku tidak mengendahkannya, mungkin dia juga sedang mencari pensyarahnya. Selesai berbincang aku keluar mendapatkan 2 orang lagi temanku. Mereka memberitahu aku yang amir masuk ke bilik pensyarah sejurus ternampak aku dan temanku masuk ke bilik pensyarah. Tanpa ku sedari sedang kami berbual, kami di perhatikan. Temanku memberi isyarat supaya aku menoleh ke kiri. Sejurus aku menoleh kekiri aku terpandang dia sedang memerhati cermin sisi. Teman merancang sesuatu dengan tujuan menguji siapa yang di perhatikan nya.
Aku dan temanku bergegas ke tempat lain manakala temanku yang 2 lagi masih setia di tempat kami berbual. Ternyata dia menyedari ketiadaan ku malah kami melihat sendiri dia kelihatan mencari seserang sehinggalah dia terpandang aku dan teman ku di balik tembok tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia tersenyum puas. Tapi aku merasa sangsi, kenapa dia begitu.
Sejak dari itu kami sentiasa bertembung. Tidak berani untuk menegur kerana aku takut aku tersalah anggap. Perbuatannya yang sentiasa memerhatikanku membuahkan perasan suka dan cinta dalam hatiku. Aku pernah meluahkannya melalui surat tapi aku tak menerima jawapanya. Menyebabkan aku tersiksa, walaupun dia telah tamat pengajian. Aku pasti akan bertembung dengannya dan dia masih tetap memerhatikanku dari jauh.
Kenapa, aku perlukan jawapannya.
Luahan hati Kanch2000
Batu Pahat, Johor.