Untuk Fazira,
Indahnya saatku mengenalmu
Kau selalu menjelma di ingatanku
Aku tak tahu
Adakah aku cinta ?
Aku harap kau juga sama
Sering ku ingat akan dirimu
Dan mimpi pun bertamu dalam
lenaku
Aku terpanggil untuk terus
mengingatimu
Walau aku tahu
Kau belum tentu sukakan aku
Andai kau tahu .. Rasa hatiku
Berikan ku kesempatan untuk
bersamamu
Walau hanya seketika
Walau hanya sehari
Kau penuhilah impianku
Sekali seumur hidupku..
Nukilan SolahudinHarissKuala Lumpur
Di sini Blogger menjemput sesiapa sahaja untuk menulis dan meluahkan atau melepaskan perasaan masing-masing tentang kemanisan dan kegagalan anda dalam percintaan atau hidup di alam rumahtangga untuk dikongsikan bersama. Biarlah luahan ini menjadi ukuran kepada pembaca yang lain sebagai pedoman hidup. Karya anda akan sampai kepada : curahanrasahatiku@gmail.com melalui ruangan yang disediakan. Hanya luahan rasa hati yang berkaitan sahaja akan disiarkan. Sila scroll ke bawah untuk menulis.
30 Apr 2016
14 Apr 2016
Cinta Yang Tidak Termiliki ~ Hunnysha
Terus terang aku katakan..aku susah untuk jatuh cinta apa tah lagi setelah berstatus ibu tunggal.namun sungguh Tuhan punya kuasa..aku jatuh cinta pandang pertama.Dan Tuhan punya kuasa sebenarnya hadirnya cinta itu untuk menguji hambanya.
JY,
Biar ku sakit menunggumu, sakit merindukan diri mu, namun untuk memaksa kau memilih? mustahil bagiku dan tidak pernah aku terfikir akhirnya kita jadi begini, tidak pernah aku sangka perasaan yg hadir telah menjerat diri ku jauh lebih dalam dr apa aku niatkan, sungguh aku yg salah,membiar hati ini bebas berlari mengejar asmara mu dan menjerat diri mu dalam dakapan cinta ku.Walau kita tidak akan menyatu...tetapi aku tidak pernah kesal kerna bahagia itu aku rasa bila saja aku bersama mu.
JY
Biar patah hati ku dek kerna merindukan diri mu..walau sekuat mane aku cuba tepis hembus nafasmu terasa selari dgn nafasku..begitu dekat aku bayangkan diri mu dan aku..namun itu pun tidak mampu menidakkan bahawa kau bukan untukku.
Semalam..puas juga aku fikirkan cara utk tinggalkan dirimu..hanya 1 mampu aku lakukan sekiranya kau yg pergi dari hidupku..maafkan aku atas permintaan ini yg agak pentingkan diri atau sebenarnya kau juga fikirkan perkara yang sama?
Ah tolong beri aku jawapan..
JY,
Cinta itu bila aku merindukan dirimu..bila saat aku mengalir air mata dlm doa ku untuk kau sentiasa bahagia walau bukan denganku..dan aku tahu aku bukan untukmu..
Tidak akan pernah aku tuntut apa2..malah aku akan cuba rasa bahagia walau seketika saat bersamamu.Sakit aku rasa saat kau luahkan bahwa hati kita rasa yang sama tapi kau pun tidak mampu untuk jadikan cinta ini realiti.Dan akhirnya kau sanggup bersama aku hingga 1 saat aku akan menemui cinta yg lain.Tahukah kau..hati ini telah penuh dgn rasa cinta pd mu..bagaimana harus aku beri pd org lain?
Luahan hati Hunnysha
Johor Bahru, Johor.
pada
11:33