Darina....
Perkenalan kita tidak
lah seindah mana. Atas dasar kerja aku sampai kerumah sewa korang.. Tugas
sebagai pemasang modem internet mempertemukan kita. Aku masih ingat kau lari
sewaktu aku mencari alamat rumah sewa kau.. Kau lari kerana terkejut atas
kehadiran aku.. Comel, sangat comel waktu itu. Aku yakin kawan kawan serumah
kau juga perasan yang aku hanya terpaku melihat kau.Tapi aku cuba juga
mengalihkan perhatian aku dari terus memandang kau.Namum akhirnya aku beranikan
diri meminta no talifon kau dari kawanserumah kau.
Perkenalan itu tak berakhir hanya
disitu. Aku terus berhubung dengan kau untuk mengenali kau. Aku tak tahu aku
jatuh cinta atau tidak pada waktu itu. Aku hanya suka, aku tertarik. Namun pada
waktu itu, aku masih terluka kerana cinta yang kubina bersama bekas kekasih aku
terputus di tengah jalan kerana hadirnya orang ketiga. Oleh kerana itu, banyak
luahan hati aku yang mengisi topik perbualan kita setiap kali kita berhubung.
Aku cepat marah, cepatmenengking apabila aku terfikir perbuatan bekas kekasih
aku. Namunkau sabar melayan karenah tak matang aku tue. Sayang, perasaan sayang
wujud sedikit demi sedikit apabila kita lebih banyak meluangkan masa bersama.
Pada waktu itu kau
masih belajar di sebuah institusi. Cita cita kau ingin menjadi pendidik dan
mendidik kaum kaum yang berada jauh di kampung kau di sabah. Dan aku hanyalah
bekerja sebagai pendawai yang bekerja dengan org lain. Jadi aku tidaklah
mempunyai pendapatan yang banyak. Disebabkan itu, kita hanya banyak keluar
dating di gerai gerai tepi jalan je. Namun kau tetap mahu menjadi orang yang
sentiasa dibelakang aku. Kau sabar dengan semua karenah bodoh aku. Kau hadapi
semua marah marah aku dengan senyuman dan nasihat yang berguna kepada aku.
Cinta, aku jatuh cinta bila kau sabar
dan setia menjadi teman suka duka aku..
Walau agama membezakan kita, namun
perasaan sayang dan cinta itu wujud tanpa kita menduga. Indahnya perasaan itu
jika kau mengerti sayang. Kau terus memberi semangat kepada aku untuk berubah
dan mencari kejayaan dalam hidup. Kau ada banyak idea utk mengubah masa depan
aku. Sehinggalah aku menjadi seorang usahawan. Aku bangga dengan adanya kau
dalam hidup aku. Aku bangga dengan kawan2 aku memiliki seorang gadis yang comel
dan sangat mengambil berat terhadap aku.
Aku mula rasa
kehilangan selepas tiga tahun kau ada dengan aku. Kau perlu posting kerja di
sarawak. Namun kita masih terus berhubung dan aku kerap kesana untuk berjumpa
dengan kau. hubungan kita berlanjutan sehingga 8 tahun. Kasih dan sayang aku
kepada kau tidak pernah berubah. Malah aku makin sayang dan rindu pada kau. Kau
juga selalu datang ke semenanjung untuk kita berjumpa. Aku rindu saat saat kita
bersama sayang. Aku merasakan aku lah orang paling bahagia pada waktu itu.
Walaupon jarak memisahkan kita, tapi hati kita terus saling sayang.
Pada tahun kelima
kita bersama, perubahan sikap kau mula kelihatan. Aku selalu dipersalahkan jika
berlaku apa2 pertengkaran. Sehinggalah pada suatu hari kau jujur beritahu aku
yang kau mengenali lelaki lain. Hubungan kau dengan dia di sukai oleh keluarga
kau. Sedangkan aku adalah lelaki yang tidak seagama dengan kau dan selalu di
tentang keluarga. Aku minta kau imbas kembali saat kita bersama dulu.
Aku tahu kau juga dapat rasakan apa
yang aku rasa. Disebabkan rasa bersalah
kau minta maaf dengan aku dan
memutuskan hubungan dengan dia. Aku rasa bagai mati hidup semula.. Namun aku
sedar, hubungan kita tak akan berkesudahan jika tidak ada diantara kita yang
sanggup tukar agama. Aku memang tidak sanggup tukar agama aku, begitu juga
dengan kau. Hubungan kita berterusan sehingga kini. Namun kau sudah berubah Kau
sudah ingin memilih untuk berpisah. Namun aku masih sayang dan disebabkan
perasaan aku kau bertahan... Hingga saat ini, aku tak tahu apa akhirnya. Namun,
jauh disudut hati aku, aku sedar hubungan ini sudah sampai penghujungnya. Aku
hanya perlu redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Lapan tahun bukanlah
satu masa yang singkat pada aku. Lapan tahun hubungan itu aku jaga dengan penuh
setia. Namun aku tahu, kau harus tinggalkan aku suatu hari nanti.
Sayang, jika suatu hari nanti awk
tinggalkan saya, janganlah awak pernahlupakan saya. Jika suatu hari nanti awk
sudah berkeluarga, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan keluarga awak. Sayang,
sejujurnya saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan kini.Apa yang saya tahu,
setiap kali awak marah dan ingin memulakan pergaduhan, saya sangat takut. Saya
hanya berdiam. Saya cuba buang perasaan sayang saya seperti awak suruh. Saya
juga cuba keluar dengan perempuan lain seperti awak suruh. Tapi sayang saya
pada awak tak pernah hilang. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan. Dan saya tak
tahu bagaimana saya nak luahkan lagi. Saya redha dengan apa sahaja yang bakal
berlaku.
Kepada yang membaca, komen dari anda
amatlah diperlukan. Terima kasih.
Kisah Hati EE,
Kedah