SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

20 Feb 2013

Sayang - Shae

Hai pembaca semua...
Aku mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menyatakan perasaanku padamu melalui lirik lagu ini. Aku harap engkau suka coz I Love You So Much...

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


Dedicated to someone that  I Love him so much..
From Shae, Pengkalan Chepa, kelantan.

13 Feb 2013

Setianya Aku Sehingga Aku Yang Terluka - by Ayam

setia ?

zaman dah berubah dunia dah maju .setia sekarang dan setia dahulu banyak bezanya .setia dahulu setia hujung nyawa .setia sekarang hanya setia membawa derita .hairankan ?
kebanyakan orang yng setia sering dipermainkan hatinya .kesian!
jauh disudut hati aku nak permainkan hati insan yang aku sayang .yang hairannya apabila ada makhluk ALLAH yang sanggup berbuat begitu hnya kerana alasan BOSAN . Itulah hakikat zaman moden.lagi canggih peredaran zaman lagi canggih manusia mencipta kelukaan :(
p/s : kalau rasa tak mampu ,jangn mulakan .

Nukilan Ayam,
Langkawi, Malaysia

10 Feb 2013

Aku Tetap Aku .. Nizar

Hai semua...

Maafkan aku kerana meluahkan semua ini, Aku tahu kau sangat sayang padaku, Dan lebih daripada itu.. kau terlalu mencintaiku. Aku amat menghargai kasih sayangmu dan aku juga amat menghargai cintamu.

Cuma.. aku hanya ingin kau tahu bahawa aku juga amat menyayangimu, dan aku juga amat mencintaimu. Meskipun kita dalam dunia yang berbeza.. duniamu dan duniaku terlalu jauh. Engkau dengan caramu yang sudah tentu tidak dapat meninggalkan dia.. Dan aku tetap dengan caraku, setia dengan keluargaku.

Walau apa pun yang aku lakukan, aku mahu kau tahu bahawa perasaan ini tidak pernah berubah, aku tetap seperti dulu meski pun 1000 tahun yang akan datang. Cuma kita tak akan dapat bersama lagi. Hanya takdir yang dapat menetukan semua ini. Aku nak kau simpan perasaan ku ini meskipun hati kau hancur dengan kehidupan yang kau ada sekarang.

Walau pun sudah lama tidur mu tidak berbantalkan lengan, namun dengan kehadiranku untuk meraih cinta satu malam dulu amat membahagiakan aku.

Terima kasih sayang kerana memberikan aku kesempatan merasai kehangatan cintamu walaupun sekejap..walaupun satu malam bersama, namun ia memberi kesan kepada seluruh hidupku..

Aku cuma mahu kau tahu perasaanku ini..

From Nizar,
Pontian, Johor.

1 Feb 2013

Mengapa Kita Dipertemukan..? by Aaron Aziz

Hello pembaca semua..

Di kesempatan ini aku cuma nak story kisah cintaku dengan seseorang yang amat ku sayangi pada suatu ketika.

Pada masa aku posting kat negeri lain. Dan sekembalinya aku ke daerahku, aku mula bertemu dengannya di suatu majlin makan-makan. 

Aku jadi terus tertarik sungguh-sungguh dan terus ku risik melalui orang lain. Perasaan itu cuba aku luahkan pada si dia tetapi sudah terlambat kerana dia baru saja dipinang orang.

Perkenalan itu berakhir di situ saja hampir 10 tahun lamanya. Kenangan itu hanya tersimpan di blog ingatanku bahawa aku sudah jatuh cinta dengannya. Meskipun begitu aku masih tetap mengikuti perkembangan dirinya dari hari ke tahun ke tahun.

Pada awal perkahwinannya aku melihat dia amat bahagia sekali dengan suaminya dan memperolehi 2 orang cahayamata. Selang beberapa tahun aku bertemu dengannya secara tidak sengaja di facebook. Kami bertegur sapa dan bercerita panjang tentang kisah masing-masing.

Hubungan kami menjadi akrab kembali dan aku cuba menceritakan kepada dia tentang hasratku suatu masa dulu. Dia terkejut dan merasa agak kesal kerana jodohnya dengan orang lain. Tapi dia redha dan menerima jodohnya itu walaupun sebenarnya mereka sudah tidak bersama di katil hampir dua tahun. Hubungan itu menjadi dingin kerana wujudnya cinta tiga segi dan keupayaan suaminya untuk berubah tidak pernah menjadi-jadi.

Aku yang sentiasa meminati dia terus menjadi peneman kepada isi hati hidupnya..hari demi hari kami ber sms dan kadang2 di internet, dan menjadikan kami semakin akrab dan dari panggilan nama terus bertukar sayang.

Bukan sekadar itu sahaja.. kami juga selalu bertemu dan berperasaan di suatu tempat dan agak kerap tetapi masih terkawal.

Aku cuma ingin memberitahumu..walaupun kita jauh, aku tetap merindukanmu dan sentiasa mengharapkan hubunganmu sentiasa bahagia meskipun sukar. Kasih sayangku tak pernah berubah. I MISS YOU..I LOVE YOU SO MUCH...Muah3...


Keramat, Kuala Lumpur,
Malaysia

Bila Aku Menulis ...