SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

10 Feb 2013

Aku Tetap Aku .. Nizar

Hai semua...

Maafkan aku kerana meluahkan semua ini, Aku tahu kau sangat sayang padaku, Dan lebih daripada itu.. kau terlalu mencintaiku. Aku amat menghargai kasih sayangmu dan aku juga amat menghargai cintamu.

Cuma.. aku hanya ingin kau tahu bahawa aku juga amat menyayangimu, dan aku juga amat mencintaimu. Meskipun kita dalam dunia yang berbeza.. duniamu dan duniaku terlalu jauh. Engkau dengan caramu yang sudah tentu tidak dapat meninggalkan dia.. Dan aku tetap dengan caraku, setia dengan keluargaku.

Walau apa pun yang aku lakukan, aku mahu kau tahu bahawa perasaan ini tidak pernah berubah, aku tetap seperti dulu meski pun 1000 tahun yang akan datang. Cuma kita tak akan dapat bersama lagi. Hanya takdir yang dapat menetukan semua ini. Aku nak kau simpan perasaan ku ini meskipun hati kau hancur dengan kehidupan yang kau ada sekarang.

Walau pun sudah lama tidur mu tidak berbantalkan lengan, namun dengan kehadiranku untuk meraih cinta satu malam dulu amat membahagiakan aku.

Terima kasih sayang kerana memberikan aku kesempatan merasai kehangatan cintamu walaupun sekejap..walaupun satu malam bersama, namun ia memberi kesan kepada seluruh hidupku..

Aku cuma mahu kau tahu perasaanku ini..

From Nizar,
Pontian, Johor.

Bila Aku Menulis ...