SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

25 Jul 2013

Semakin Saya Menyayangi Awak, Semakin Awak Buat Luka Hati Saya

Untuk insan yg bernama Nur Amira ,

Maaf, sejujurnya saya dah tak boleh paksa diri saya untuk menyayangi awak, Saya dah tak sanggup terus-terusan biarkan hati ini terluka . Awak tak pernah nak faham, tak pernah nak hargai diri ini . semakin saya sayang awak, semakin awak buat saya sedih,kecewa and terkilan . Saya tahu awak tak suka , tapi saya cuma nak minta maaf je awak. 

Saya sedar mmg saya terlalu pentingkan diri , tapi awak selalu nak wujudkan semua yg saya sendiri tak faham, awak tak pernah nak fikirkan perasaan saya, tak pernah nak ambil tahu apa kebahagian yang saya mahu.. Memang saya salah . Salah mencintai awak :( . kalaula awak boleh jadi saya , pasti awak tahu apa yang pernah saya rasa dulu,apa yang pernah saya lakukan dulu , semua yang pernah saya buat dan betapa cinta dan kasihnya saya curahkan untuk bersama awak . 

Sayang, kalaula awak boleh tahu semua tu dulu, mesti kesudahan kita tak macam sekarang ni :') . Terima kasih sayang untuk semua luka yg pernah awak berikan pada diri ini. Saya hargai .


Nukilan SolahudinHariss,
Pendang, Kedah.

24 Jul 2013

Kau Tetap Di Jendela Hatiku

Mengenali dirimu adalah satu rahmat yang tak ternilai bagiku, mengenali mu adalah satu kurniaan dari NYA. Namun apa yg aku impikan hanyalah sementara....ALLAH hanya memberiku sedikit ruang utk aku mengenali siapa dirimu dgn lebih dekat. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH walaupun perkenalan kita hanyalah sementara waktu. Takdir menemukan kita dan takdir juga memisahkan kita.


Aku pasrah walaupun ianya terlalu sukar utk aku terima dan aku lalui. Biarpun pedih hati ini tapi aku terpaksa juga laluinya kerana ianya sudah tertulis di atas sana yg cinta kita tak mungkin akan bersatu walau apa yg aku cuba lakukan. Aku terima segalanya apa yg telah ditakdirkan kepada diri aku ini namun utk aku lupakan segala kenangan kita bersama adalah terlalu sukar dan amat berat bagiku.



Biarlah aku simpan segala kenangan kita bersama di lubuk hati aku selamanya dan aku akan pahatkan nama mu di dinding hatiku.


Nukilan : Mentari Jingga
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bila Aku Menulis ...