SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

24 Jul 2013

Kau Tetap Di Jendela Hatiku

Mengenali dirimu adalah satu rahmat yang tak ternilai bagiku, mengenali mu adalah satu kurniaan dari NYA. Namun apa yg aku impikan hanyalah sementara....ALLAH hanya memberiku sedikit ruang utk aku mengenali siapa dirimu dgn lebih dekat. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH walaupun perkenalan kita hanyalah sementara waktu. Takdir menemukan kita dan takdir juga memisahkan kita.


Aku pasrah walaupun ianya terlalu sukar utk aku terima dan aku lalui. Biarpun pedih hati ini tapi aku terpaksa juga laluinya kerana ianya sudah tertulis di atas sana yg cinta kita tak mungkin akan bersatu walau apa yg aku cuba lakukan. Aku terima segalanya apa yg telah ditakdirkan kepada diri aku ini namun utk aku lupakan segala kenangan kita bersama adalah terlalu sukar dan amat berat bagiku.



Biarlah aku simpan segala kenangan kita bersama di lubuk hati aku selamanya dan aku akan pahatkan nama mu di dinding hatiku.


Nukilan : Mentari Jingga
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bila Aku Menulis ...