SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

1 Nov 2013

Kasih Ku Tetap Ada - oleh DPA82


"Untuk R.."bagaimanakan ku mula..


apakah kata-kata yang indah untuk di abadikan.." begitulah bait puisi yang dihasilkan oleh M.Nasir. Itulah juga ayat pertama yang ku tuliskan untukmu di atas papan hitam dibilik kuliah itu.Aku begitu teruja ingin mendekatimu, ingin mengenali mu tetapi beitu kaku dan kelu bila kau ada disitu. Dan tiada siapa tahu siapa R itu sebenarnya sehinggalah tulisan itu dipadam oleh siswa lain. bait puisi itu tetap terpahat dihatiku walaupun sudah 31 tahun berlalu. Sehingga tamat pengajian kita, aku tidak berani untuk meluahkan pada mu. Aku hanya melihat dirimu dikelilingi rakan yang lain. terbit rasa cemburu pada siswa lain yang berbual mesra dengan mu Imah.

Rozimah..kini selepas 31 tahun, kita bertemu semula. Aku tidak dapat membendung perasaan ku terhadap mu. Perasaan itu membuatkan aku lupa kita telah dimamah usia, telah jauh berbeza daripada yang dahulu. Kita masing-masing telah berumahtangga, punya cahayamata. namun aku tidak mampu bertahan Imah. Maafkan aku kerana telah meluahkan perasaan ku pada mu beberapa hari lalu. Katamu luahan hatiku membuatkan kau rasa bersalah. Benar Imah,aku juga bersalah pada isteri dan keluargaku. 

Imah...aku akan terus menyimpan perasaan itu... ia milik ku...selagi Allah membenarkan ia berada dalam hatiku. Walaupun tidak ku lafazkan, akan ku simpan kalimah tiga perkataan itu dalam hatiku.

Salam ku..

Zaman,

Shah Alam, Selangor DE.

Bila Aku Menulis ...