SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

3 Feb 2014

Takdirnya Kita Bukan Untuk Bersama - Gagak Rimba

Wajahmu indah persis bidadari.cukup memukau hatiku walaupun pertama kali ku memandang.umpama sinar matahari yang menyilau mata setelah sekian lama suram hari-hariku dek kerana mendung.senyuman mu ku rasakan terlalu ikhlas membuatkan hatiku ditarik-tarik untuk mendekati dan mengenalimu.hebatnya perasaan ku terhadapmu membuatkan aku tega untuk mengimpikan dirimu walaupun ku tahu ia umpama mimpi yang indah,bila ku gapai tangan dan ku gengam erat hingga terjaga sudah pasti hampa milikku. Aku cuba untuk dekatimu, tapi harapan ku tidak lah menggunung. Saat itu aku harapkan kecewa dan ketidaksudianmu untuk mengakhirkan anganku di sianghari ini. 

Ternyata tangan yang bertepuk bukan hanya sebelah.walaupun tak seiring pada awal ,dipertengahan rentaknya makin sekata.Impian ku makin hari makin melangit.umpama helang yang gagah mengepak membelah angina tanpa gusar.sesekali juga dirasakan seperti burung cenderawasih yang terbang di syurga dan terbuai dengan keindahannya.hakikat yang sebal! iknya, ku hanya lah layang-layang yang terbang bila ada angin yang bertiup.Begitulah diibaratkan diriku mengharapkan mimpi sempurna jadi nyata ..

Setelah setahun kita bersama dalam ikatan hati dan perasaan,baru ku sedar,aku bukanlah pilihan mu..aku tahu, seribu satu kekurangan pada diriku , mana mungkin berlian yang indah lagi sempurna diikat dengan cincin besi.Aku ucapkan selamat berbahagia dengan pilihan hati mu. Usahlah kau fikirkan dan ingatkan diriku lagi.Aku yakin tiada kekesalan buat dirimu dan aku yakin dia akan bahagiakan mu.selamat tinggal buat insan yang pernah ku anggap kekasih. 

Luahan Hati,
Gagak Rimba,
Kelantan.

Bila Aku Menulis ...