SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

30 Sept 2017

Insan Yang Kecil ~ Aleeya


Adakah aku tidak penting di ruang hati manusia lain??Aku di sini, berasa lelah dan penat. Aku perlukan bantuan. Ya, bantuan seseorang amat penting untuk aku menyelesaikan tugasan ini. Tapi siapa? Siapa yang harus ku minta pertolongan??

Semua orang sudah ku tanya. Namun tiada seorang pun ingin membantuku. Aku hanya mampu meminta pada Yang Esa. Ya Allah, mengapa tiada seorang pun mahu membantuku? Apa salahku? Bukanlah permintaanku ini sukar untuk dicapai. Namun masih tiada sesiapa ingin membantuku.
Masa aku semakin suntuk. Aku semakin penat dan lelah. Semakin itu jugalah ramai orang makin pentingkan diri.

Ya, Aku selalu dituduh leka. Namun, adakah mereka sedar bahawa aku sering memperingati mereka? Tidak. Mereka hanya mahu menyalahkan orang lain.
Masa tidak akan berputar kembali. Masa sentiasa berjalan. Ianya bergantung kepada kita sama ada untuk menggunakan masa dengan sebaiknya atau tidak. Sekarang, aku sedih. Tiada sesiapa ingin bantu insan yang lemah sepertiku. 

Hujan yang turun berderai makin melemahkan aku. Harapan aku kian hancur. Perkara lain pula hancur berderai. Aku pasti akan dimarahi lagi. Ya Allah, hebatnya dugaanmu.
Aku hanya insan kecil yang meminta pertolongan. Namun kerana itulah tiada sesiapa ingin menolongku. Oh sesiapa, tolonglah aku. Oh hujan, ku mohon kau berhenti. Oh pelangi, muncullah kau. Oh Tuhan, bantulah aku ..

Aku tak kuat. Aku juga ada perasaan di sebalik senyumanku. Aku perlukan bantuan. Masa aku semakin suntuk. Jadi tolonglah, tolonglah, tolonglah, tolonglah, bantulah aku.. 
Namun aku pasti.. Tiada sesiapa yang akan mendengar rintihan.. Daripada insan yang kecil sepertiku.

Luahan hati,
Aleeya,
Kuala Kangsar, Perak

Bila Aku Menulis ...