SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

6 Nov 2017

Luahan Hatiku ~ Gadis Puitis

ASSALAMUALAIKUM...

Aku pernah melalui begitu banyak pengalaman pahit dalam percintaan, berkali - kali juga aku di permainkan oleh insan bernama lelaki. salah ke aku untuk disayangi? aku tak pernah minta banyak pun just nk kasih sayang ,perhatian , kejujuran dan setiaan. And aku percaya semua orang juga mahukan yang sebegitu juga,

Banyak kali dah aku kecundang daam cinta, hingga lah yang terakhir ni, aku kenal dia tak sampai setahun, permulaan kami sekadar kawan namun bertukar menjadi sayang, namun setelah lama kami berkawan, aku mula nampak perubahan demi perubahan mula ditunjukan

Aku diam tidak mahu tunjuk bhawa aku sedar perubahan dia..aku tahan rasa pendam selagi mampu, sampai satu peristiwa aku mula hingga sabar dan kekuatan tentang kebenaran yang selama ni dia sembunyikan.kenyataan yang selama ini dia hanya berpura pura menyayangi aku hanya kerna ingin menghilangkan rasa bosan nya dan jadi kan aku sebagai alat untuk tidak ada sesiapa kacau dia.

sakit, pedih kecewa, marah , smua jadi satu dalam hati aku.. saat tu allah je tahu ape aku rasa. Aku cari kekuatan untuk berhadapan dengan dia meskipun aku tak boleh..aku nekad untuk menanyakan perihal dia pada yang rapat dgn dia, tapi perbuatan tu di salah ertikan oleh dia.. seolah aku yang begitu jahat dimata orang sekeliling kami. Hingga aku kehilangan orang yang rapat dengan aku

Aku menghubunginya dengan harapan aku boleh perbaiki semula hubungan kami,tapi jangkaan aku meleset, dia semakin hari semakin diam.. malah dia buatkan aku dan keluarga bergaduh, kerjaya aku musnah dek kerna gn dia.. hampir 2 bulan aku meyendiri tidak keluar rumah mahupun bercakap dengan orang, aku mampu menangis dan terus menangis.

Aku terus berusaha untuk memenangi hatinya semula meskipun aku tahu tu takkkan berhasil. tiap hari aku message tanpa jemu.. hingga lah aku sendiri berhenti bagi dia ruang.. aku mula biarkan dia tanpa sebarang gangguan..kerna dia inginkan masa . hingga dia sendiri mula message dengan memaki aku tanpa ada sikit rasa bersalah memalit kan segala silap pada..aku memang nampak buruk pada orang

KINI...

hampir 3 bulan aku break dengan dia , aku berubah menjadi orang yang keras hati.. hati aku masih belum terbuka untuk mencari lain sebab aku takut takut dijadikan permainan.. aku mula bina balik semangat , kerjaya aku untuk masa depan aku.. airmata ni da kering sampai tak boleh nak nangis dah.. 
meskipun teruk dia wt hidup aku,, namun aku masih mampu memaafkan dia tanpa sedikit perasaan dendam pada dia.. yang ada hanya perasaan kecewa amat sangat, dia sudah pun menemui orang baharu, cuma satu sahaja agar dia tidak menyakiti perempuan tu seperti mana dia lakukan pada aku. aku berterima kaih pada dia sebab dia aku boleh jadi hati sekerasnya..bina tembok kebencian dalam diri.

just masa aku perlukan untuk aku singkiran smuanya dari hidup aku..doa kan aku :')


Luahan Hati,
Gadis Puitis,
Johor Bahru, Johor

Bila Aku Menulis ...