SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

1 Apr 2013

Kekasihku Suami Orang - Neney

Hampir dua tahun lebih kami bercinta namun hubungan kami dihalang oleh keluarga kekasih tanpa sebab kukuh. Mungkin aku telah difitnah oleh saudaraku yang benci kepada keluargaku disebabkan sejarah lama keluarga masing-masing, mungkin juga sebab kami berdua terlalu rapat hubungan darah daging kerana aku dgn si dia adalah sepupu dekat. Bila dah cinta dan sayang? Apa kisah pasal darah daging lagipun kami tak pernah bersua muka walaupun pernah mendengar berita masing-masing daripada keluarga sendiri. 

Bila pertama kali bersua di kedai buku, cinta pandang pertama muncul walaupun sudah disedarkan oleh kakak bahawa dia sepupuku. Awal hubungan semua indah, mak dia tak berapa kisah dengan diriku, semua manis-manis belaka. Namun semakin lama pergaduhan berlaku disebabkan dia pernah ditangkap curang dgn kekasih lamanya dengan aku dan keadaan keluarganya yang mendesak, mengutuk aku menganggap aku ingin membazirkan wang dia mengambil kesempatan sahaja. Namun aku diam saja sehingga aku bercadang untuk memutuskan hubungan, selama 3bulan kami tak berjumpa, tak bersama dan tak memadu kasih. Seminggu kemudian, dia memberitahu aku bahawa dia bakal berkahwin dgn staf dibawahnya. Sakit hati mulanya, lama kelamaan aku dah tak tahan, aku keluar dengan kekasih lamaku dan tanpa sengaja kami terlanjur. Aku dengan sengaja memberitahu kekasihku untuk menyakitkan hatinya. Umpanku mengena apabila dia tak henti-henti menelefonku, dia mengugut untuk bercerai sekiranya aku mengulangi kesilapan itu. Akhirnya dia memberitahu alasan kenapa dia kahwin awal. Semua itu disebabkan gosip orang kampung tentang percintaan kami semakin diketahui ramai, dia takut berita itu sampai ke telinga ayahku.

 Dia risau keluarga kami retak sebab semua itu. Dia cuma menggunakan perempuan itu untuk mengaburi mata orang ramai agar gosip kami senyap berlalu mengikut detikan waktu lagipun perempuan itu mengaku menyukai kekasihku. Namun kekasihku memberiku kasih sayang lebih daripada isterinya itu. Malah dia sentiasa menelefon dan sms aku tidak kira bila dimana. Isteri dia tak mampu nak cakap apa-apa sebab dia dah cakap ''kalau tak sanggup terima kenyataan kami masih berkasih jangan berkahwin dengan aku''. Aku berasa puas hati dan gembira sebab hubungan kami masih kekal namun kadang-kadang aku berasa tak ubah seperti perempuan simpanan, kekasih gelap mahupun skandal sebab keadaan sebegini. Namun kekasihku berjanji akan menjagaku lebih baik daripada masa lampau dan dia berjanji akan menggembirakan aku lebih daripada dulu. Tetapi aku risau kalau dia terpaksa mengandungkan isterinya jika ibunya meminta bayi daripada dia. Aku risau perhatiannya terhadap diriku akan menjadi kurang kerana semua itu. 

Namun aku tahu, dia lebih sayangkan aku sebab aku lebih cantik, manja, menggoda kalau dibandingkan dengan isterinya yang kekampungan, dara tua, tak cantik dan tak kurus. Aku berharap agar cinta kami takkan pernah putus walaupun dia sudah punya anak yang banyak. Bohong kalau aku kata aku tak gembira kalau dia inginkan penceraian dengan isterinya sebab benda itu yang paling aku nantikan supaya aku dapat memilikinya setiap masa seperti dulu-dulu.

Luahan Rasa Hati Neney
Kuching, Sarawak

Bila Aku Menulis ...