SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

16 Nov 2014

Ku terima Adanya ~ Eisya Alyaa


Memang benar Allah tidak akan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.
Kehadiran seseorang itu mungkin akan mengubah hidup kita atau kita yang akan mengubah hidup dia. Itulah yang terjadi dalam hidupku. Selama lapan tahun lebih tidak terlintas untuk memikir akan kehadiran seorang lelaki dalam hidup ini, sebaliknya ini yang terjadi.

Susah sebenarnya hendak membuka hati ini bila cinta di khianati..Cinta pertamalah katakan. Bercinta, bertunang, bernikah tapi akhirnya bertahan hanya setahun sepuluh bulan sahaja. Sedih yang teramat sedih..Tatkala ditinggalkan dengan tidak berkerja ketika itu, anak baru nak belajar jalan jatuh...arggghhhh...hanya Allah sahaja yang tahu.

Ku terima segala takdir itu akhirnya ku terima kemanisan hikmahnya. Mungkin telah biasa hidup berdikari hingga aku tak terfikir untuk ada teman penganti sehinggalah aku dikenalkan dengan seorang duda yang tiada anak dan kematian isteri melalui seorang kawan.. Lelaki inilah yang telah mengubah perasaanku. Perasaan takut masih menghantui, takut dikecewakan dan kerana terlalu berwaspada aku bersikap acuh tak acuh terhadap dirinya. Bak kata orang tu macam main tarik tali. Aku keliru dengan perasaan ketika itu. Walaupun kami tidak pernah berjumpa tapi aku tahu dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga kata kawan sepejabatku iaitu sekampung dengan dirinya mengatakan dia adalah lelaki yang baik.Saatku telah membuka hatiku dia pula berdiam diri. Kalau dulu aku yang cuba elak dan menguji dirinya. Kini dia yang mengelak dan aku pula yang teruji.Tapi aku tak salahkan dirinya. Dia dah terlalu banyak bersabar. Akhirnya aku yang memutuskan agar tidak meneruskan perhubungan lagi. 

Terima kasih Ya Allah, kerana telah memberikan ujian ini.Sungguh indah rahsia hidup ini. Buat dirimu yang telah membuka hatiku, ku harap kau akan sentiasa bahgia, dan hati ini sebenarnya masih mengharapkanmu.Sekiranya bukan kau untukku, ku berharap sangat agar jodohku biarlah seperti dirimu. Buat bekas suamiku, ku harap kau bahgia dengan perjalanan hidupmu dan akan menginsafi segala perbuatanmu. 

Luahan hati Eisya Alya,
Kajang, Selangor

Bila Aku Menulis ...