SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

24 Nov 2014

Ini Aku ~ Andnuar

Setiap kali aku ingin merasa gembira bersama ramai kawan, aku merasakan aku seperti tidak wujud pada meraka kerana aku merasa aku seperti sendirian, aku inginkan kawan baikku semula Mizy, walaupun kesilapan aku menyebabkan dia berpindah sekolah tetapi tiada gantinya dia sebagai kawan rapat aku, walaupun dia perempuan dan aku lelaki kami tetap menjaga batas pergaulan, dia adalah orang yang aku panggil sahabat sejati, setiap hari ada sahaja cerita yang kami berkongsi tidak kira masa sepanjang waktu persekolah aku selalu bersama dia tiada orang lain kerana kami hanya berkawan berdua.

Tetapi sekarang aku bersendirian apabila dia berpindah mengikut ibunya ke Perak. apa yang boleh aku katakan ini sudah takdirku, aku tidak menemui kawan sebaik mizy sampai sekarang, aku tetap merasa gembira dengan kawan kelasku tetapi aku tidak mungkin cerita masalah peribadiku kepada mereka. Aku tidak mahu memiliki ramai kawan cukup hanya seorang yang memahami aku, aku juga seorang yang periang bila dihadapan orang tapi menaggis bila bersendirian , aku tetap mempunyai kawan bersembang didalam kelas samaada lelaki atau perempuan, aku memang mudah berkawan tetapi aku susah untuk percayakan seseorang, percaya aku hanya sekali setelah kantoi tiada lagi kepercayaanku kepada mereka, aku juga bukanlah peramal tapi aku tahu siapa yang betul betul ingin berkawan dengan aku atau perlu aku bila perlu sahaja. 

Dari awal tahun lagi budak perempuan kelas aku seperti ada rahsia yang tidak mahu dikongsi, aku tahu rahsia itu ialah antara aku dengan kawan baikku, semua kenangan manis selama ini hanya tersimpan dia dalam memori minda aku berharap aku tidak akan melupakan semua kenangan itu, walaubagaimanapun aku harus teruskan hidup aku seperti pelajar biasa, tahun hadapan 2015 aku akan menghadapi SPM, so aku tidak perlu rasa tertekan dengan masalah aku sekarang, aku berharap aku akan jumpa orang seperti mizy bila suatu hari nanti.. aku h! anya berharap dengan penuh harapan. tapi aku mempunyai kawan senior Tazihan, dia adalah kawan aku sebelum aku berkawan dengan mizy tetapi aku dengan Tazihan kurang rapat di sekolah kami hanya berkawan dan berkongsi cerita bila diluar kawasan sekolah.. aku tidak mahu kehilangan kawan baik aku untuk selamanya, masih aku ingat pengalaman manis semasa aku dan mizy dikejar anjing ketika lawatan kelas kami, hahahaha mungkin kena kejar anjing adalah pengalaman pahit tapi bagi aku itu adalah pengalaman manis kerana bukan senang untuk diulang semula pengalaman itu,

Itu sahajalah yg dapat aku berkongsi, jika ingin diingatkan begitu banyak pengalaman kami di kem pengakap lawatan kelas program ceramah di Baling.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku ketika itu.. sekian terima kasih, Assalamualaikum.

Kenangan Andnuar,
Sik, Kedah.

Bila Aku Menulis ...