SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

21 Nov 2017

Rindu Hamba Yang Bernama Abid ~Cahaya Al Quran

Admin assalamualaikum

.. X sangka ada ruang macam nie utk meluahkan perasaan.. huh.. blurpppp...dah sebulan lebih .. kejadian itu jadi .. tapi masih segar dlm ingatan ku tentang seseorang hamba yang bergelar ABID(org yg beribadah) ... walaupon ko kate ABID dah mati masa tu .. 

Ak x kan lupe tarikh 03/10/2017.. pgi yang x kan ak lupekan .. hari ak kehilangan ABID selama nye atas kebodohan ku... mcm mne idup ku lepas tu .. seminggu ak mencari ...stalker insta dia... sbb ak x leh lupekan dia ... ak tido berteman kan zikir .. setiap kali berdoa .. nama dia meniti di bibirku ... setiap saat .. kenangan itu datang .... mcm mne ak nk ungkapkan perasaan rindu yang datang niee ... perasaan yang x dpt ak nk gambarkan .. aku rasa dunia ak btl2 gelap ... kerana seorang yg bernama ABID ... dan ak x tau dia akan membaca catitan nie .. 

atau Admin nie akan tayangkan ke x ..yg ak tau .. ak dpt meluahkan perasaan yg datang nie ... "ye abid ak tau" ak lah manusia paling ko benci .. d! an x mahu jmpe .. ak tau .. ak sedar .. ak x layak dengan ko ... tapi tidak layak kah ak idup di samping mu .. terlalu mahal ke .. harga tiket yang perlu ak beli utk idup di sampingmu ...mgkn ak x layak idup di samping kau ... sbb ak dh menipu ko .. yang ak tau .. 

Cume satu je .. yg ada ... cinta ikhlas dari aty ini .. kerana allah .. utk mu ABID .. ak cume punya cinta yang ikhlas .. itu saja yang ak leh ungkapkan .. sehingga sekrg pon ak masih berharap allah temu kan ak kembali dengan kau .. sbb pg tu ko marah sgt .. ak fhm perasaan ko .. kali nie biarlah perjumpaan yg allah tetap kan ... biar lebih tenang .. utk ak meluahkan rasa nie .. dan maafku ini .. andai kate ko menolak diri ini ... ak redha 

 Itu lah perjanjian ku dngan yng maha kuasa. dalam solatku.. jika sebalik nyee ... .ak anggap allah memakbulkan ... doa hamba yg khilaf ini ... percaya dngan kekuasan mu- aku cume seorang hamba yang khilaf... .

Luahan hati Cahaya Al Quran,
Skudai, Johor.

6 Nov 2017

Luahan Hatiku ~ Gadis Puitis

ASSALAMUALAIKUM...

Aku pernah melalui begitu banyak pengalaman pahit dalam percintaan, berkali - kali juga aku di permainkan oleh insan bernama lelaki. salah ke aku untuk disayangi? aku tak pernah minta banyak pun just nk kasih sayang ,perhatian , kejujuran dan setiaan. And aku percaya semua orang juga mahukan yang sebegitu juga,

Banyak kali dah aku kecundang daam cinta, hingga lah yang terakhir ni, aku kenal dia tak sampai setahun, permulaan kami sekadar kawan namun bertukar menjadi sayang, namun setelah lama kami berkawan, aku mula nampak perubahan demi perubahan mula ditunjukan

Aku diam tidak mahu tunjuk bhawa aku sedar perubahan dia..aku tahan rasa pendam selagi mampu, sampai satu peristiwa aku mula hingga sabar dan kekuatan tentang kebenaran yang selama ni dia sembunyikan.kenyataan yang selama ini dia hanya berpura pura menyayangi aku hanya kerna ingin menghilangkan rasa bosan nya dan jadi kan aku sebagai alat untuk tidak ada sesiapa kacau dia.

sakit, pedih kecewa, marah , smua jadi satu dalam hati aku.. saat tu allah je tahu ape aku rasa. Aku cari kekuatan untuk berhadapan dengan dia meskipun aku tak boleh..aku nekad untuk menanyakan perihal dia pada yang rapat dgn dia, tapi perbuatan tu di salah ertikan oleh dia.. seolah aku yang begitu jahat dimata orang sekeliling kami. Hingga aku kehilangan orang yang rapat dengan aku

Aku menghubunginya dengan harapan aku boleh perbaiki semula hubungan kami,tapi jangkaan aku meleset, dia semakin hari semakin diam.. malah dia buatkan aku dan keluarga bergaduh, kerjaya aku musnah dek kerna gn dia.. hampir 2 bulan aku meyendiri tidak keluar rumah mahupun bercakap dengan orang, aku mampu menangis dan terus menangis.

Aku terus berusaha untuk memenangi hatinya semula meskipun aku tahu tu takkkan berhasil. tiap hari aku message tanpa jemu.. hingga lah aku sendiri berhenti bagi dia ruang.. aku mula biarkan dia tanpa sebarang gangguan..kerna dia inginkan masa . hingga dia sendiri mula message dengan memaki aku tanpa ada sikit rasa bersalah memalit kan segala silap pada..aku memang nampak buruk pada orang

KINI...

hampir 3 bulan aku break dengan dia , aku berubah menjadi orang yang keras hati.. hati aku masih belum terbuka untuk mencari lain sebab aku takut takut dijadikan permainan.. aku mula bina balik semangat , kerjaya aku untuk masa depan aku.. airmata ni da kering sampai tak boleh nak nangis dah.. 
meskipun teruk dia wt hidup aku,, namun aku masih mampu memaafkan dia tanpa sedikit perasaan dendam pada dia.. yang ada hanya perasaan kecewa amat sangat, dia sudah pun menemui orang baharu, cuma satu sahaja agar dia tidak menyakiti perempuan tu seperti mana dia lakukan pada aku. aku berterima kaih pada dia sebab dia aku boleh jadi hati sekerasnya..bina tembok kebencian dalam diri.

just masa aku perlukan untuk aku singkiran smuanya dari hidup aku..doa kan aku :')


Luahan Hati,
Gadis Puitis,
Johor Bahru, Johor

20 Oct 2017

Putus Cinta ~ Syamel

Nama aku syamil. Umur aku 17 tahun. Aku pernah putus cinta dan aku tahu sesiapa saja pernah lalui pengalaman berputus xcinta. Ada yg blh melupakan seseorang itu dgn jangka masa yg pendek tapi ada yg melupakan seseorang tu dlm jangka masa yg panjang. Sehingga sekarang seseorang yg aku selalu related bila aku dlm kesusahan. Seseorang yg berjasa pada aku. Seseorang yg sentiasa dibelakang ku. Seseorang yg ada dikala aku susah dan senang pergi meninggalkan aku dan aku xblh melupakan dya . Aku tahu jodoh, ajal dan maut semua ditangan allah. 

Salah kaa aku berdoa dan berusaha untuk menjadikan dia yg halal untuk aku. Tapi itu salah aku juga aku selalu kongkong2 dya aku selalu cemburu terhadapnya. Tapi itu semua untuk kebaikannya. Aku hanya nk yg terbaik untuk aku. Bila aku suruh jga diri di sekolah, dya kata xda apa2 yg akan berlaku punya. Mcm mna aku nk katakan lagi supaya dya percayakan aku. Selama nie aku xpernah salahkan dya. Selama nie aku xpernah xikut ckp dya.

 Setiap apa yg dya ckp aku akan ikut. Aku cuma cemburu bila dya terlalu rapat dgn kawan lelaki dya. Aku cuma takut dya pergi tinggalkan aku disebabkan rapat kawan lelakinya. Sebabnya aku dan dya pun mula kenal daripada berkawan. Sehingga sekarang susah bagi aku untuk melupakan dya. Dya sahabat dya segalanya. Xda siapa yg blh gantikan tempat dya dlm hatiku.

Syamil, Kedah

30 Sept 2017

Insan Yang Kecil ~ Aleeya


Adakah aku tidak penting di ruang hati manusia lain??Aku di sini, berasa lelah dan penat. Aku perlukan bantuan. Ya, bantuan seseorang amat penting untuk aku menyelesaikan tugasan ini. Tapi siapa? Siapa yang harus ku minta pertolongan??

Semua orang sudah ku tanya. Namun tiada seorang pun ingin membantuku. Aku hanya mampu meminta pada Yang Esa. Ya Allah, mengapa tiada seorang pun mahu membantuku? Apa salahku? Bukanlah permintaanku ini sukar untuk dicapai. Namun masih tiada sesiapa ingin membantuku.
Masa aku semakin suntuk. Aku semakin penat dan lelah. Semakin itu jugalah ramai orang makin pentingkan diri.

Ya, Aku selalu dituduh leka. Namun, adakah mereka sedar bahawa aku sering memperingati mereka? Tidak. Mereka hanya mahu menyalahkan orang lain.
Masa tidak akan berputar kembali. Masa sentiasa berjalan. Ianya bergantung kepada kita sama ada untuk menggunakan masa dengan sebaiknya atau tidak. Sekarang, aku sedih. Tiada sesiapa ingin bantu insan yang lemah sepertiku. 

Hujan yang turun berderai makin melemahkan aku. Harapan aku kian hancur. Perkara lain pula hancur berderai. Aku pasti akan dimarahi lagi. Ya Allah, hebatnya dugaanmu.
Aku hanya insan kecil yang meminta pertolongan. Namun kerana itulah tiada sesiapa ingin menolongku. Oh sesiapa, tolonglah aku. Oh hujan, ku mohon kau berhenti. Oh pelangi, muncullah kau. Oh Tuhan, bantulah aku ..

Aku tak kuat. Aku juga ada perasaan di sebalik senyumanku. Aku perlukan bantuan. Masa aku semakin suntuk. Jadi tolonglah, tolonglah, tolonglah, tolonglah, bantulah aku.. 
Namun aku pasti.. Tiada sesiapa yang akan mendengar rintihan.. Daripada insan yang kecil sepertiku.

Luahan hati,
Aleeya,
Kuala Kangsar, Perak

17 May 2017

Ikhlaskah Kau Sebagai Tunangku ~ Meytha

Bila aku menulis,seakan hujan tahu isi hati ku.. 

Sedang aku disini menjadi sang setia, hujan pun ku anggap pelukan mu .. ALLAH !
aku rase dah tak terdaya bila tahu semua ini harus terjadi ..Adakah ini karma untuk aku Sebab masa silam dulu ?.. kerana terlalu mencintai aku terpaksa melepaskan dia lalu memilih kau.. ya allah sungguhnya aku tidak kuat untuk hadapi ini semua..masa berlalu pantas.. berkenalan sampai tunang..dari hari ke hari aku menahan sakit ini..aku sering bertanya pada diri ku.. apakah kau ini di datangi untuk ujian atau takdir ataupun memang jodoh ?.. tuhan.. 

sesungguhnya aku amat mengharapkan pertolongan mu..sungguh pun aku tak kuat untuk lalui ini semua. walaupun sekarang kau sebahagian dalam hidupku, aku tidak dapat merasa bahawa kau ikhlas. apa kau anggap aku adalah kambing hitam ?.. Allah.. aku sangat sedih..hari perkahwinan ku semakin hampir.. Allah aku perlukan pertunjuk mu..


Luahan hati,
Pasir lanun, pantai

Bila Aku Menulis ...