SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

30 Sept 2017

Insan Yang Kecil ~ Aleeya


Adakah aku tidak penting di ruang hati manusia lain??Aku di sini, berasa lelah dan penat. Aku perlukan bantuan. Ya, bantuan seseorang amat penting untuk aku menyelesaikan tugasan ini. Tapi siapa? Siapa yang harus ku minta pertolongan??

Semua orang sudah ku tanya. Namun tiada seorang pun ingin membantuku. Aku hanya mampu meminta pada Yang Esa. Ya Allah, mengapa tiada seorang pun mahu membantuku? Apa salahku? Bukanlah permintaanku ini sukar untuk dicapai. Namun masih tiada sesiapa ingin membantuku.
Masa aku semakin suntuk. Aku semakin penat dan lelah. Semakin itu jugalah ramai orang makin pentingkan diri.

Ya, Aku selalu dituduh leka. Namun, adakah mereka sedar bahawa aku sering memperingati mereka? Tidak. Mereka hanya mahu menyalahkan orang lain.
Masa tidak akan berputar kembali. Masa sentiasa berjalan. Ianya bergantung kepada kita sama ada untuk menggunakan masa dengan sebaiknya atau tidak. Sekarang, aku sedih. Tiada sesiapa ingin bantu insan yang lemah sepertiku. 

Hujan yang turun berderai makin melemahkan aku. Harapan aku kian hancur. Perkara lain pula hancur berderai. Aku pasti akan dimarahi lagi. Ya Allah, hebatnya dugaanmu.
Aku hanya insan kecil yang meminta pertolongan. Namun kerana itulah tiada sesiapa ingin menolongku. Oh sesiapa, tolonglah aku. Oh hujan, ku mohon kau berhenti. Oh pelangi, muncullah kau. Oh Tuhan, bantulah aku ..

Aku tak kuat. Aku juga ada perasaan di sebalik senyumanku. Aku perlukan bantuan. Masa aku semakin suntuk. Jadi tolonglah, tolonglah, tolonglah, tolonglah, bantulah aku.. 
Namun aku pasti.. Tiada sesiapa yang akan mendengar rintihan.. Daripada insan yang kecil sepertiku.

Luahan hati,
Aleeya,
Kuala Kangsar, Perak

17 May 2017

Ikhlaskah Kau Sebagai Tunangku ~ Meytha

Bila aku menulis,seakan hujan tahu isi hati ku.. 

Sedang aku disini menjadi sang setia, hujan pun ku anggap pelukan mu .. ALLAH !
aku rase dah tak terdaya bila tahu semua ini harus terjadi ..Adakah ini karma untuk aku Sebab masa silam dulu ?.. kerana terlalu mencintai aku terpaksa melepaskan dia lalu memilih kau.. ya allah sungguhnya aku tidak kuat untuk hadapi ini semua..masa berlalu pantas.. berkenalan sampai tunang..dari hari ke hari aku menahan sakit ini..aku sering bertanya pada diri ku.. apakah kau ini di datangi untuk ujian atau takdir ataupun memang jodoh ?.. tuhan.. 

sesungguhnya aku amat mengharapkan pertolongan mu..sungguh pun aku tak kuat untuk lalui ini semua. walaupun sekarang kau sebahagian dalam hidupku, aku tidak dapat merasa bahawa kau ikhlas. apa kau anggap aku adalah kambing hitam ?.. Allah.. aku sangat sedih..hari perkahwinan ku semakin hampir.. Allah aku perlukan pertunjuk mu..


Luahan hati,
Pasir lanun, pantai

5 Dec 2016

Seperti Tiada Nilai ~ Gadis Biasa


Assalam..

Maaf..jika coretan ni menggangu..sekadar utk meluahkan apa yg dirasa..aku hanya insan biasa yg banyak kekurangan..tapi apakan daya kelemahan ni membuatkan perasaan ni seperti tiada nilai..aku juga ingin bahagia seperti org lain layak dicintai..disayangi..memiliki kehidupan sendiri bersama org2 yg aku syg..tapi..semua tu tak pernah pun melintasi walaupun seketika dalam hidupku..ada ketika..aku terasa bila melihat kawan2 bahagia..ada suami yg baik..ada anak2 yg comel..tapi aku tiada semua tu..hanya mampu melihat..aku tahu semua ni dah ditentukan..tapi sampai bila..aku jugak manusia biasa bila melihat kebahagian org lain..aku menangis sendiri..mengalir segala kedukaan yg aku pendam..

Hari demi hari waktu demi waktu berlalu begitu sahaja tanpa ada perubahan dalam hidupku..tanpa ada bibit cinta yg lahir..semakin lama hari yg berganti waktu berlalu begitu sahaja..usiaku juga sudah bertambah setiap tahun tak pernah lupa pasti kan bertambah 1 thn..tapi aku masih seperti ni..tanpa kekasih..tanpa cinta..tanpa rasa sayang dari seorang lelaki..😢😢😢

Aku cuba untuk menjadi kuat..tanpa terlihat kesunyian yg aku rasai..tak pernah aku pamerkan..tak pernah aku luahkan pada sesiapa..aku cuba kawal emosi ku didepan semua org..tapi aku kecewa dgn sikap sesetengah org yg sentiasa ambil tahu perkembangan kita..aku tahu mereka ambil berat..tapi ada jugak yg mengambil kesempatan dgn kekurangan yg kita ada..aku tahu siapa diri aku..aku tak sencantik kau..aku tak semanja kau..aku banyak kekurangan..tapi jgn menilai aku serendah itu hanya aku belum dimiliki sesiapa didunia ini..

Setiap hari aku mengadu kepadaNYA..aku perlukan kekuatan utk meneruskan hidup..aku tahu ramai teman2 ku dikolej dahulu yg sama2 dulu mentetawakanku dari jauh..mereka menilai aku tanpa rasa simpati terhadap diriku..Terpulang apa yg mereka ingin katakan..yg aku tahu aku masih ada dia yg maha ESA

Terima kasih YA ALLAH..sehingga hari ni masih memberikanku kekuatan dan permudahkan jalan untuk ku..walaupun aku sedar..aku dah tak cukup kuat untuk hadapi semua ni..InshaAllah aku mengharapkan sesuatu yg luar biasa akan berlaku dalam hidupku..mendapatkan yg terbaik darimu YA ALLAH..Aku kan sentiasa menunggu..

Akan hadir seorang insan yg selama ni aku tunggu dalam hidupku..Tolong yer..segera hadir..sudah terlalu lama aku tunggu ni..😊😊😊

Luahan Hati Gadis Biasa,
Johor

24 Nov 2016

Menyesal ~ Qhayy

Aku rasa menyesal sikit. Aku tak tau tentang diri aku sendiri. Aku sendiri tak dapat kaji, yang aku ni suka dekat dia(1) atau pun dekat dia(2).Tapi, entah kenapa bila aku tahu dia(1) suka dekat orang lain, aku tetiba sakit hati then, bila aku tahu dia (2) suka dekat aku hati aku berdebar debar. 

Dan aku rasa aku macam nak mengorat dia (2) tu but, aku thinking pula dekat dia (1). Tapi, dia (1) bukannya suka dekat aku pun. Buat apa nak berharap panjang sedangkan dia (2) suka dekat aku. Tanpa malu, aku bawa si dia (2) ni couple then dia terima. 

Baru 3 hari aku rasa dah geli. Geli yang sudah nak di jelaskan dengan kata kata. Tapi, kalau nak break, kasihan pula dekat dia (2) sebab dia (2) kata yang dia tak sanggup kehilangan aku. Aku menyesal, kalau aku tahu siapa yang lebih aku suka, mesti aku tak jadi macam ni. Tapi, kenapa makin lama dan makin lama dia (2) makin sayang aku dan aku makin tak sayang dekat dia (2). 

Aku kata sayang tapi dalam hati tak. Mungkin aku suka dia (1)? Aku harap, aku dengan dia (2) boleh jadi kekal walaupun, dalam hati ni tak de jalan lain nak Kate. Byyee. 
Sorry lah kalau meluat..

Luahan hati Qhayy,
Selangor Darul Ehsan

24 Oct 2016

Cinta Yang Belum Tamat ~ EE

Darina....

Perkenalan kita tidak lah seindah mana. Atas dasar kerja aku sampai kerumah sewa korang.. Tugas sebagai pemasang modem internet mempertemukan kita. Aku masih ingat kau lari sewaktu aku mencari alamat rumah sewa kau.. Kau lari kerana terkejut atas kehadiran aku.. Comel, sangat comel waktu itu. Aku yakin kawan kawan serumah kau juga perasan yang aku hanya terpaku melihat kau.Tapi aku cuba juga mengalihkan perhatian aku dari terus memandang kau.Namum akhirnya aku beranikan diri meminta no talifon kau dari kawanserumah kau.


Perkenalan itu tak berakhir hanya disitu. Aku terus berhubung dengan kau untuk mengenali kau. Aku tak tahu aku jatuh cinta atau tidak pada waktu itu. Aku hanya suka, aku tertarik. Namun pada waktu itu, aku masih terluka kerana cinta yang kubina bersama bekas kekasih aku terputus di tengah jalan kerana hadirnya orang ketiga. Oleh kerana itu, banyak luahan hati aku yang mengisi topik perbualan kita setiap kali kita berhubung. Aku cepat marah, cepatmenengking apabila aku terfikir perbuatan bekas kekasih aku. Namunkau sabar melayan karenah tak matang aku tue. Sayang, perasaan sayang wujud sedikit demi sedikit apabila kita lebih banyak meluangkan masa bersama.

Pada waktu itu kau masih belajar di sebuah institusi. Cita cita kau ingin menjadi pendidik dan mendidik kaum kaum yang berada jauh di kampung kau di sabah. Dan aku hanyalah bekerja sebagai pendawai yang bekerja dengan org lain. Jadi aku tidaklah mempunyai pendapatan yang banyak. Disebabkan itu, kita hanya banyak keluar dating di gerai gerai tepi jalan je. Namun kau tetap mahu menjadi orang yang sentiasa dibelakang aku. Kau sabar dengan semua karenah bodoh aku. Kau hadapi semua marah marah aku dengan senyuman dan nasihat yang berguna kepada aku.

Cinta, aku jatuh cinta bila kau sabar dan setia menjadi teman suka duka aku..

Walau agama membezakan kita, namun perasaan sayang dan cinta itu wujud tanpa kita menduga. Indahnya perasaan itu jika kau mengerti sayang. Kau terus memberi semangat kepada aku untuk berubah dan mencari kejayaan dalam hidup. Kau ada banyak idea utk mengubah masa depan aku. Sehinggalah aku menjadi seorang usahawan. Aku bangga dengan adanya kau dalam hidup aku. Aku bangga dengan kawan2 aku memiliki seorang gadis yang comel dan sangat mengambil berat terhadap aku.


Aku mula rasa kehilangan selepas tiga tahun kau ada dengan aku. Kau perlu posting kerja di sarawak. Namun kita masih terus berhubung dan aku kerap kesana untuk berjumpa dengan kau. hubungan kita berlanjutan sehingga 8 tahun. Kasih dan sayang aku kepada kau tidak pernah berubah. Malah aku makin sayang dan rindu pada kau. Kau juga selalu datang ke semenanjung untuk kita berjumpa. Aku rindu saat saat kita bersama sayang. Aku merasakan aku lah orang paling bahagia pada waktu itu. Walaupon jarak memisahkan kita, tapi hati kita terus saling sayang.

Pada tahun kelima kita bersama, perubahan sikap kau mula kelihatan. Aku selalu dipersalahkan jika berlaku apa2 pertengkaran. Sehinggalah pada suatu hari kau jujur beritahu aku yang kau mengenali lelaki lain. Hubungan kau dengan dia di sukai oleh keluarga kau. Sedangkan aku adalah lelaki yang tidak seagama dengan kau dan selalu di tentang keluarga. Aku minta kau imbas kembali saat kita bersama dulu.

Aku tahu kau juga dapat rasakan apa yang aku rasa. Disebabkan rasa bersalah
kau minta maaf dengan aku dan memutuskan hubungan dengan dia. Aku rasa bagai mati hidup semula.. Namun aku sedar, hubungan kita tak akan berkesudahan jika tidak ada diantara kita yang sanggup tukar agama. Aku memang tidak sanggup tukar agama aku, begitu juga dengan kau. Hubungan kita berterusan sehingga kini. Namun kau sudah berubah Kau sudah ingin memilih untuk berpisah. Namun aku masih sayang dan disebabkan perasaan aku kau bertahan... Hingga saat ini, aku tak tahu apa akhirnya. Namun, jauh disudut hati aku, aku sedar hubungan ini sudah sampai penghujungnya. Aku hanya perlu redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Lapan tahun bukanlah satu masa yang singkat pada aku. Lapan tahun hubungan itu aku jaga dengan penuh setia. Namun aku tahu, kau harus tinggalkan aku suatu hari nanti.

Sayang, jika suatu hari nanti awk tinggalkan saya, janganlah awak pernahlupakan saya. Jika suatu hari nanti awk sudah berkeluarga, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan keluarga awak. Sayang, sejujurnya saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan kini.Apa yang saya tahu, setiap kali awak marah dan ingin memulakan pergaduhan, saya sangat takut. Saya hanya berdiam. Saya cuba buang perasaan sayang saya seperti awak suruh. Saya juga cuba keluar dengan perempuan lain seperti awak suruh. Tapi sayang saya pada awak tak pernah hilang. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan. Dan saya tak tahu bagaimana saya nak luahkan lagi. Saya redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

Kepada yang membaca, komen dari anda amatlah diperlukan. Terima kasih.



Kisah Hati EE,
Kedah

Saya Terima Awak Suka Kawan Saya ~ Mysha


Aku tahu yang kau adalah Mr.Pencuri Hati di sekolah. Ramai yang jatuh cinta panggal pertama pada kau. Aku juga begitu. Kau ada cinta pertama aku. Bila kau ada berlalu di hadapan aku, hati macam maw jatuh berkecai. Iman berterabur. Cuma di sebabkan kau saja. Maw dekat exam, aku di arah untuk mengajar kau, masa tu cuma Tuhan saja tahu betapa bergegarnya lutut aku. Tiga minggu aku mengajar kau. Tiga minggu juga hati aku selalu nak berkecai dan berterabur. 

Minggu kedua aku mengajar kau, aku sudah tidak sanggup menyimpan perasaan terhadap kau. Dan aku beritahu kau yg aku suka kau secara sempoi. Aku luahkan betapa cemburunya aku bila aku dengar kau menyukai kawan aku. Kau masih tidak memberi jawapan. Minggu ketiga a.k.a minggu terakhir aku mengajar kau. Aku menyuruh kau untuk melupakan apa yang aku kata kan minggu lepas. Dia menurut dengan senyuman yang membuat hati aku bergegar. Pada hari itu juga menanya, "siapa yg kau suka sebenarnya?" Soalku. Asyik² dia menyebut 'rina' and 'rina'. Aku cuba untuk meneka tapi tekaan aku salah. Dengan penuh rasa gembira dia memberi tahu siapa sebenarnya yg dia sudah lama menaruh hati.

Perempuan itu adalah kawan aku sendiri. Aku selalu menolong mereka berdua untuk bercinta walaupun hati aku separuh sudah retak. Perempuan itu kawan baik aku di sekolah, jangan disebabkan lelaki kami berpecah belah. Aku cuma untuk move on. Ketika habis exam, kawanku (yg mr.pencuri hati suka) memberi tahu aku bahawa "kami sudah couple" PRAK²! PRAK³! Aku cuma tahan air mata. Masa itu aku sudah berjaya untuk move on tetapi, ntah kenapa? Aku sendiri tidak tahu. Semasa hari sukan negara kau dan kawan aku bergaduh. Aku cuba untuk menenangkan keadaan dan kemudiannya kamu berdua berbaik. Aku suka menulis lirik lagu tentang kau, menyanyi sambil mengingatkan kau, menangis sambil mengingatkan kau. Sekarang, aku sudah cuba untuk menyukai lelaki lain melainkan kau, tapi yalah. 

Kau sudah milik orang. Orang itu kawan aku sendiri. Redha aku bangkitkan. Sabar seribu kali sabar. Kau adalah cinta pertama aku. Jangan lupa ingat semasa aku merajuk dengan kau. Tiga minggu bukan masa yg panjangbuntuk membuat kau jatuh cinta kepada aku. (TT)(TT) Sekarang ini pun aku rasa macam mau menangis. Aku suka semua yang ada pada diri kau. Lelaki idaman aku adalah seorang yang lucu dan suka suka menyampuk bila aku bercakap. Semuanya ada di diri kau. Ingat!! Jangan sesekali sakitkan hati kawan aku sekalipun walau kau dengan dua sudah break up off and game over. Itu pesanan aku dengan kau.

Dulu aku sayang kau sesangat! Dan sekarang saya sebagai boyfriend kawan aku. Aku harap kau tak menyesal di belakang hari dengan bercinta dengan kawan aku.. Have a nice day everyone!!

Luahan Hati Mysha,
Beaufort, Sabah

Tak Tau Hidup Aku Camne ~ My Lufy

Haha.hahaha.aq nk cita ni.nk tau x idup aq cmne.x susah tpi x bahagia.how to say.bila tgk kwn bergurau.aq skit hati.aq ad sblh dia tpi npa x nk tgur skali.dorang cm x suka kwn ngn aq.aq permpuan.yg ad pasir dkt dahi.tau2 jela.bdn berisi.gigi brslerk.hidung kembang.aq ingat org skeliling aq selesa ngn aq.tpi semua cm *middle finger*.aq kaki bising kt kls.aq diam klau x de gang.klau dak prmpuan perli aq  gmuk,berpasir dhi,hidung kmbg,its okay.but when the boy say that.wah.skit nya.
Kadng2 bff aq pn hina aq.bnci tgk muka aq.mk bpk aq x abih2 bash aq.aq duk sorang2.termenung.phl aq hidup eh?knp idup aq jdi cm ni?npa life org lain indah?
Aq ni blh diketegorikan pndai ah gak.aq x pikir drang nk ckp ngn aq kalau aq x pndai.aq perati.drang dtg cri aq bila drg x fhm soalan.SaHaJa.shj.pstu blah buat idup dorang.x heran la.kdg² bff aq pun gitu.


Hidup be like.
Hahahaha.
Hahaha.
Hah

Catatan My Lufy

19 Aug 2016

Kekasih buat sahabat? ~ Oleh Aura

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,saya ada seorang bf dan jugak seorang kawan baik..kawan yang mana selalu jadi orang tengah di setiap permasalahan saya dan bf..akibat saya tidak terlalu teruja dengan hubungan ni membuatkan bf saya selalu merujuk kepada kawan saya.kami selalu jugak berselisih paham,bertengkaq(bukan sebab kawan)..dan bf saya macam biasa akan cari kawan saya..saya dah kerap kali tekankan kat dia jangan babitkan kawan saya dalam permasalah kami..tapi bf kata cuma kawan saya ja tempat dia mintak tolong..tapi dalam masa yang sama saya merasakan timbul perasaan yang lain dalam diri kawan saya terhadap bf..saya sayangkan kawan saya tu dan saya bersimpati dekat dia,dia seorang wanita yang chubby dan seorang yang sangat merendah diri..dalam fikiran dia tak kan ada laki yang ikhlas nakkan dia...saya sayang bf saya..tapi tak dak keserasian antara kami membuatkan saya tak dak semangat dengan relation kami dan sering kali mintak putus....sebena! rnya jujur saya

Aura,
Pulau Pinang

30 Apr 2016

Impian Hati ~ SolahudinHariss

Untuk Fazira,

Indahnya saatku mengenalmu
Kau selalu menjelma di ingatanku


Aku tak tahu
Adakah aku cinta ?
Aku harap kau juga sama 


Sering ku ingat akan dirimu
Dan mimpi pun bertamu dalam 
lenaku


Aku terpanggil untuk terus
mengingatimu 


Walau aku tahu 
Kau belum tentu sukakan aku


Andai kau tahu .. Rasa hatiku
Berikan ku kesempatan untuk 
bersamamu
Walau hanya seketika
Walau hanya sehari 
Kau penuhilah impianku
Sekali seumur hidupku..


Nukilan SolahudinHarissKuala Lumpur

14 Apr 2016

Cinta Yang Tidak Termiliki ~ Hunnysha


Terus terang aku katakan..aku susah untuk jatuh cinta apa tah lagi setelah berstatus ibu tunggal.namun sungguh Tuhan punya kuasa..aku jatuh cinta pandang pertama.Dan Tuhan punya kuasa sebenarnya hadirnya cinta itu untuk menguji hambanya.

JY,
Biar ku sakit menunggumu, sakit merindukan diri mu, namun untuk memaksa kau memilih? mustahil bagiku dan tidak pernah aku terfikir akhirnya kita jadi begini, tidak pernah aku sangka perasaan yg hadir telah menjerat diri ku jauh lebih dalam dr apa aku niatkan, sungguh aku yg salah,membiar hati ini bebas berlari mengejar asmara mu dan menjerat diri mu dalam dakapan cinta ku.Walau kita tidak akan menyatu...tetapi aku tidak pernah kesal kerna bahagia itu aku rasa bila saja aku bersama mu.

JY 
Biar patah hati ku dek kerna merindukan diri mu..walau sekuat mane aku cuba tepis hembus nafasmu terasa selari dgn nafasku..begitu dekat aku bayangkan diri mu dan aku..namun itu pun tidak mampu menidakkan bahawa kau bukan untukku.
Semalam..puas juga aku fikirkan cara utk tinggalkan dirimu..hanya 1 mampu aku lakukan sekiranya kau yg pergi dari hidupku..maafkan aku atas permintaan ini yg agak pentingkan diri atau sebenarnya kau juga fikirkan perkara yang sama?
Ah tolong beri aku jawapan..

JY,
Cinta itu bila aku merindukan dirimu..bila saat aku mengalir air mata dlm doa ku untuk kau sentiasa bahagia walau bukan denganku..dan aku tahu aku bukan untukmu..
Tidak akan pernah aku tuntut apa2..malah aku akan cuba rasa bahagia walau seketika saat bersamamu.Sakit aku rasa saat kau luahkan bahwa hati kita rasa yang sama tapi kau pun tidak mampu untuk jadikan cinta ini realiti.Dan akhirnya kau sanggup bersama aku hingga 1 saat aku akan menemui cinta yg lain.Tahukah kau..hati ini telah penuh dgn rasa cinta pd mu..bagaimana harus aku beri pd org lain? 

Luahan hati Hunnysha
Johor Bahru, Johor.

Bila Aku Menulis ...