SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

30 Jan 2013

Mana Awak pergi Sayang - Gulagula_Kapas

Assalammualaikum hi readers :) , btw entry nak cerita tentang Rindu , sumpah cakap saya rindu awak . Mana awak pergi sayang ? 

Awak sudah janjikan yang awak takkan pernah tinggal saya . Saya sayang awak lebih seperti saya sayang nyawa saya , awak tolong laa text saya , saya perlukan awak , saya perlukan semangat awak . Awak adalah separuh dari semangat saya sayang :) please text saya

Saya rindu awak sangat , saya tahu awak dekat luar negara . Saya faham awak , dan awak sentiasa faham saya kan :) awak pernah cakap yang awak mahu jaga hati saya , jaga saya taknak ada sesiapa sakitkan hati saya . Awak juga cakap yang awak sayang saya macam nyawa awak sendiri :) 

Saat awak katakan itu air mata saya jatuh berguguran . Kalau awak adalah jodoh saya , saya lah orang paling bahagia dekat atas muka bumi ini :)Saya perlukan awak untuk mencorak kehidupan saya :) . Jika awak jodoh saya , kita pasti akan bersama :). Jika awak tanya saya apa yang saya mahu dekat dunia ini , DAN SAYA AKAN CAKAP SAYA MAHU AWAK SELAMANYA .

Luahan : Gulagula_Kapas
From : Alor Setar, Kedah.

29 Jan 2013

Jika Benar Itu Jodohku - Gulagula_kapas


Assalammualaikum hi readers & hi buah hati :)
btw entry ni cerita tentang jodoh . Haa jodoh ? Hehe :) , 
sebenarnya saya sendiri pun takut nak cakap
tentang jodoh jodoh ni sebab saya sendiri pun tak tahu siapa bakal jadi jodoh
saya kelak :) Saya tak akan pernah jemu untuk menunggu dan terus menunggu
siapa jodoh saya , saya yakin Allah SWT sudah tentukan kan siapa jodoh saya . Kenapa
manusia lain terlalu cepat menemui cinta yang belum tentu halal baginya . Saya tak
faham , itukah yang dinamakan CINTA , bagi saya cinta itu buta . Sebab cinta
manusia lupa kepada yang telah mencipta kita dari tanah dan didirikan diatas muka
bumi Allah SWT. Allah tidak pernah lupa akan kita melainkan kita yang melupakan
Dia . Jika benar awak ditakdirkan untuk saya , saya terima awak dengan hati
yang ikhlas . Tidak kiralah hubungan kita sekarang ini sebagai apa . Saya percaya
Allah SWT telah tentukan yang terbaik untuk kita . Selagi saya masih bergelar belum halal
bagi sesiapa , In Sha Allah saya akan tetap jaga hubungan saya dengan awak
walaupun hubungan kita berbagai bagai terbentuk hee :) Awak sudah janjikan
yang awak tak akan tinggal saya , dan tak akan ada sesiapa yang boleh pisahkan
kita , saya harap Allah SWT jugak memakbulkan permintan kita , Amin ya robb :)

Saya harap awak adalah jodoh saya nanti :) Saya tetap akan tunggu
awak dekat Malaysia yee , harap awak cepat cepat pulang :) Saya sayang
awak . Awak nyawa saya . Awak semangat saya . Awak jantunghati saya .
Tolong jangan tinggal saya yee sayang :) Saya tak pernah pergi , selalu
ada pada hati awak . Awak tak pernah jauh , selalu ada
pada hati saya .

Nukilan : Gulagula_kapas
Alor Setar, Kedah.

27 Jan 2013

Kenangan Rinduku - Don Juan


Aku masih teringat bila kali pertama aku mengenal rindu. Aku bertemu dengan seorang gadis yang kami sama-sama berhijrah ke tempat baru bersama keluarga. Kami bertemu dan saling berpandangan tetapi masing-masing merasa malu untuk berbual sehinggalah perasaan semakin hari semakin membuak-buak menjadi sebuah rindu yang aku tak pasti.

 Aku ingat aku seorang yang berperasaan begitu dan tidak bagi dia. Tekaan aku meleset, rupa-rupanya dia juga mengalami perasaan yang sama terhadapku. Kami jatuh cinta tanpa disedari. Perasaan masa di sekolah rendah itu kami bawa sehingga ke sekolah menengah. 

Sehinggalah pada suatu hari kami bertengkar kerana tak tahan cemburu kerana dia menjadi kegilaan ramai kerana kecantikannya. Akhirnya cinta kami terbengkalai dan putus di tengah jalan. Perasaan rindu dan sayang itu masih kekal hingga kini meskipun berpuluh tahun. Kerana perkenalan dengan dia merupakan detik mula aku menganal apa itu rindu, apa itu sayang dan cinta. 

Terima kasih sayang..


Nukilan Don Juan,
Butterworth, Penang.

Perasaanku Padamu - Mat Kedekut


Admin Bila Kita Sayang Orang Tu ,, Kita Tak Tidur Pun Tak Apa Janji Layan Dia Yang Tengah Bosan ,, Tapi Bila Kita Bosan Ada Dia Layan Kita ??????? (Dalam Hati : Tak Apa Dia Buzy Kutttt ) ... 

Bila Kita Sayang Orang Tu ,, Kita Gaduh Dengan Dia Kita Diam Saja ,, Tapi Dia Heboh 1 Dunia ... ( Dalam Hati : Tak Apa Dia Tension Tu ) .. Bila Kita Sayang Orang Tu ,, Kita Jadi Macam Orang Gila Dengar Dia Sakit ,, Tapi Bila Kita Sakit ,, Dia Siap Boleh Keluar Dengan Kawan2 Dia .. ( Dalam Hati : Tak Apa , Dia Bukan Nak Berkapit Dengan Kita 24 Jam .. Bila Kita Sayang Orang Tu ,, Kita Sanggup Tinggal Dia Selamanya Untuk Dia Bahagia ,,, 

Tapi Adakah Dia Tahu Pengorbanan Kita ????? ( Dalam Hati : Tak Apa Janji Dia Bahagia ) ........


Nukilan Mat Kedekut
Kuah, Langkawi, Malaysia.

25 Jan 2013

Aku Sayangkan Kamu - Ridwan

Aku tahu..meskipun dalam dirimu hanya mengejar kebendaan dan kesenangan..tapi cintaku terlalu utuh untukmu. Aku sedar bahawa pada awal perhubungan kita, kau tidak memandang paras rupa, apa lagi harta kekayaan. Tetapi hari demi hari yang berlalu, di atas kehendak yang menuntut bermacam-macam keperluan, kau mula merungut bahawa aku gagal melaksanakan tanggungjawabku sebagai suami. Suami yang kedekut, suami bodoh dan suami yang gagal dan macam2 lagi yang tohmahkan kepadaku...Aku sedar aku gagal, aku lemah..biarlah aku sendiri dengan kemiskinan dan kebodohanku. Kuharap kau bahagia kini..

Bila Aku Menulis ...