SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

27 Jan 2013

Kenangan Rinduku - Don Juan


Aku masih teringat bila kali pertama aku mengenal rindu. Aku bertemu dengan seorang gadis yang kami sama-sama berhijrah ke tempat baru bersama keluarga. Kami bertemu dan saling berpandangan tetapi masing-masing merasa malu untuk berbual sehinggalah perasaan semakin hari semakin membuak-buak menjadi sebuah rindu yang aku tak pasti.

 Aku ingat aku seorang yang berperasaan begitu dan tidak bagi dia. Tekaan aku meleset, rupa-rupanya dia juga mengalami perasaan yang sama terhadapku. Kami jatuh cinta tanpa disedari. Perasaan masa di sekolah rendah itu kami bawa sehingga ke sekolah menengah. 

Sehinggalah pada suatu hari kami bertengkar kerana tak tahan cemburu kerana dia menjadi kegilaan ramai kerana kecantikannya. Akhirnya cinta kami terbengkalai dan putus di tengah jalan. Perasaan rindu dan sayang itu masih kekal hingga kini meskipun berpuluh tahun. Kerana perkenalan dengan dia merupakan detik mula aku menganal apa itu rindu, apa itu sayang dan cinta. 

Terima kasih sayang..


Nukilan Don Juan,
Butterworth, Penang.

Bila Aku Menulis ...