SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

17 Oct 2013

Saya Harap Awak Sedar - Qieyla

Hye readers.,
Saya nak luahkan perasaan saya pada awak,atas apa yang awak buat pada saya selama ni.Saya minta maaf sebab terpaksa luahkan semua ni.


Saya selalu harap awak akan rindu saya n text saya,tapi awak tak pernah text saya., :( I miss u so much huby.



Kenapa awak tak pernah faham perasaan saya??Saya hanya sabar layan semua kerenah awak.Awak sudah janji dengan saya,awak takkan pernah tinggalkan saya.I LOVE U SO MUCH. 



Awak tolonglah text saya,saya perlukan awak,saya perlukan semangat dari awak.Awak adalah semangat saya sayang.



Hari ni birthday awak.HAPPY BIRTHDAY!!
Saya harap dapat luangkan masa bersama awak.Tapi tadi awak buat saya macam kawan awak aje malah macam tak pernah kenal langsung depan kawan-ii awak.



Awak tak faham perasaan saya.Saya sakit hati awak tahu tak!Awak layan EX awak daripada saya.Awak tak pedulikan saya langsung.Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu.



Kini,saya sedar bahawa cinta ALLAH S.w.t lebih agung. "Kalau saya curang,saya akan dilaknat sampai bila-ii"."Saya bersumpah akan sayang awak selamanya dan hanya awak wanita dihati saya".Tu adalah sumpah dan janji awak pada saya dulu.Saya harap awak tak lupa.Sekali lagi saya minta maaf.
LOVE U SO MUCH!

Nukilan Qieyla,
Semporna, Sabah

19 Sept 2013

Masa Banyak Mengajar - Melati

Bercinta memang indah. Tetapi jangan terlalu hanyut. Kecewa dengan cinta memang meremukkan hati. Jiwa sengsara dan lebih parah mahu menamatkan riwayat hidup.

 INGAT! Jika kamu berjaya dalam cinta pun tidak semestinya berjaya dalam hidup. Gagal dalam hidup lebih teruk dari gagal dalam bercinta.

Ringkasnya : Bermula kamu akhil baligh dan mengenal erti kehidupan, jangan terlalu seronok. Mulakan langkah menjana pendapatan dan menabung diusia remaja. Kelak kamu akan bahagia.


Nukilan Melati,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

25 Jul 2013

Semakin Saya Menyayangi Awak, Semakin Awak Buat Luka Hati Saya

Untuk insan yg bernama Nur Amira ,

Maaf, sejujurnya saya dah tak boleh paksa diri saya untuk menyayangi awak, Saya dah tak sanggup terus-terusan biarkan hati ini terluka . Awak tak pernah nak faham, tak pernah nak hargai diri ini . semakin saya sayang awak, semakin awak buat saya sedih,kecewa and terkilan . Saya tahu awak tak suka , tapi saya cuma nak minta maaf je awak. 

Saya sedar mmg saya terlalu pentingkan diri , tapi awak selalu nak wujudkan semua yg saya sendiri tak faham, awak tak pernah nak fikirkan perasaan saya, tak pernah nak ambil tahu apa kebahagian yang saya mahu.. Memang saya salah . Salah mencintai awak :( . kalaula awak boleh jadi saya , pasti awak tahu apa yang pernah saya rasa dulu,apa yang pernah saya lakukan dulu , semua yang pernah saya buat dan betapa cinta dan kasihnya saya curahkan untuk bersama awak . 

Sayang, kalaula awak boleh tahu semua tu dulu, mesti kesudahan kita tak macam sekarang ni :') . Terima kasih sayang untuk semua luka yg pernah awak berikan pada diri ini. Saya hargai .


Nukilan SolahudinHariss,
Pendang, Kedah.

24 Jul 2013

Kau Tetap Di Jendela Hatiku

Mengenali dirimu adalah satu rahmat yang tak ternilai bagiku, mengenali mu adalah satu kurniaan dari NYA. Namun apa yg aku impikan hanyalah sementara....ALLAH hanya memberiku sedikit ruang utk aku mengenali siapa dirimu dgn lebih dekat. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH walaupun perkenalan kita hanyalah sementara waktu. Takdir menemukan kita dan takdir juga memisahkan kita.


Aku pasrah walaupun ianya terlalu sukar utk aku terima dan aku lalui. Biarpun pedih hati ini tapi aku terpaksa juga laluinya kerana ianya sudah tertulis di atas sana yg cinta kita tak mungkin akan bersatu walau apa yg aku cuba lakukan. Aku terima segalanya apa yg telah ditakdirkan kepada diri aku ini namun utk aku lupakan segala kenangan kita bersama adalah terlalu sukar dan amat berat bagiku.



Biarlah aku simpan segala kenangan kita bersama di lubuk hati aku selamanya dan aku akan pahatkan nama mu di dinding hatiku.


Nukilan : Mentari Jingga
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

1 Apr 2013

Kekasihku Suami Orang - Neney

Hampir dua tahun lebih kami bercinta namun hubungan kami dihalang oleh keluarga kekasih tanpa sebab kukuh. Mungkin aku telah difitnah oleh saudaraku yang benci kepada keluargaku disebabkan sejarah lama keluarga masing-masing, mungkin juga sebab kami berdua terlalu rapat hubungan darah daging kerana aku dgn si dia adalah sepupu dekat. Bila dah cinta dan sayang? Apa kisah pasal darah daging lagipun kami tak pernah bersua muka walaupun pernah mendengar berita masing-masing daripada keluarga sendiri. 

Bila pertama kali bersua di kedai buku, cinta pandang pertama muncul walaupun sudah disedarkan oleh kakak bahawa dia sepupuku. Awal hubungan semua indah, mak dia tak berapa kisah dengan diriku, semua manis-manis belaka. Namun semakin lama pergaduhan berlaku disebabkan dia pernah ditangkap curang dgn kekasih lamanya dengan aku dan keadaan keluarganya yang mendesak, mengutuk aku menganggap aku ingin membazirkan wang dia mengambil kesempatan sahaja. Namun aku diam saja sehingga aku bercadang untuk memutuskan hubungan, selama 3bulan kami tak berjumpa, tak bersama dan tak memadu kasih. Seminggu kemudian, dia memberitahu aku bahawa dia bakal berkahwin dgn staf dibawahnya. Sakit hati mulanya, lama kelamaan aku dah tak tahan, aku keluar dengan kekasih lamaku dan tanpa sengaja kami terlanjur. Aku dengan sengaja memberitahu kekasihku untuk menyakitkan hatinya. Umpanku mengena apabila dia tak henti-henti menelefonku, dia mengugut untuk bercerai sekiranya aku mengulangi kesilapan itu. Akhirnya dia memberitahu alasan kenapa dia kahwin awal. Semua itu disebabkan gosip orang kampung tentang percintaan kami semakin diketahui ramai, dia takut berita itu sampai ke telinga ayahku.

 Dia risau keluarga kami retak sebab semua itu. Dia cuma menggunakan perempuan itu untuk mengaburi mata orang ramai agar gosip kami senyap berlalu mengikut detikan waktu lagipun perempuan itu mengaku menyukai kekasihku. Namun kekasihku memberiku kasih sayang lebih daripada isterinya itu. Malah dia sentiasa menelefon dan sms aku tidak kira bila dimana. Isteri dia tak mampu nak cakap apa-apa sebab dia dah cakap ''kalau tak sanggup terima kenyataan kami masih berkasih jangan berkahwin dengan aku''. Aku berasa puas hati dan gembira sebab hubungan kami masih kekal namun kadang-kadang aku berasa tak ubah seperti perempuan simpanan, kekasih gelap mahupun skandal sebab keadaan sebegini. Namun kekasihku berjanji akan menjagaku lebih baik daripada masa lampau dan dia berjanji akan menggembirakan aku lebih daripada dulu. Tetapi aku risau kalau dia terpaksa mengandungkan isterinya jika ibunya meminta bayi daripada dia. Aku risau perhatiannya terhadap diriku akan menjadi kurang kerana semua itu. 

Namun aku tahu, dia lebih sayangkan aku sebab aku lebih cantik, manja, menggoda kalau dibandingkan dengan isterinya yang kekampungan, dara tua, tak cantik dan tak kurus. Aku berharap agar cinta kami takkan pernah putus walaupun dia sudah punya anak yang banyak. Bohong kalau aku kata aku tak gembira kalau dia inginkan penceraian dengan isterinya sebab benda itu yang paling aku nantikan supaya aku dapat memilikinya setiap masa seperti dulu-dulu.

Luahan Rasa Hati Neney
Kuching, Sarawak

6 Mar 2013

Kamariah by Nanqai


Kamariah...

Bagaimana kau sekarang? Aku pasti kau sedang gembira. Aku pun tahu kau sedang bahagia. Alangkah beruntungnya kau kerana masih mampu rasa bahagia sedangkan aku terkesan dengan perbuatan kau. Sampai hati kau Kamariah. Apalah dosa sebenar aku pada kau sampai kau begitu? 

Kau begitu licik menyampaikan pembohongan kau pada orang-orang di sekeliling dan kau memang benar-benar berjaya. Aku adalah mangsa pengkhianatan kau, Kamariah. Kau benar-benar kejam. 

Bahagialah kamu wahai Kamariah di atas penderitaan orang lain dan semoga anak-anak kamu tidak terima balasan atas perbuatan kau atau janganlah sampai mereka mengikuti jejak langkah kau akhirnya.. 

Kau tahu siapa aku.. 


Luahan Hati NANQAI,
Jasin, Melaka.
7.3.2013


20 Feb 2013

Sayang - Shae

Hai pembaca semua...
Aku mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menyatakan perasaanku padamu melalui lirik lagu ini. Aku harap engkau suka coz I Love You So Much...

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


Dedicated to someone that  I Love him so much..
From Shae, Pengkalan Chepa, kelantan.

13 Feb 2013

Setianya Aku Sehingga Aku Yang Terluka - by Ayam

setia ?

zaman dah berubah dunia dah maju .setia sekarang dan setia dahulu banyak bezanya .setia dahulu setia hujung nyawa .setia sekarang hanya setia membawa derita .hairankan ?
kebanyakan orang yng setia sering dipermainkan hatinya .kesian!
jauh disudut hati aku nak permainkan hati insan yang aku sayang .yang hairannya apabila ada makhluk ALLAH yang sanggup berbuat begitu hnya kerana alasan BOSAN . Itulah hakikat zaman moden.lagi canggih peredaran zaman lagi canggih manusia mencipta kelukaan :(
p/s : kalau rasa tak mampu ,jangn mulakan .

Nukilan Ayam,
Langkawi, Malaysia

10 Feb 2013

Aku Tetap Aku .. Nizar

Hai semua...

Maafkan aku kerana meluahkan semua ini, Aku tahu kau sangat sayang padaku, Dan lebih daripada itu.. kau terlalu mencintaiku. Aku amat menghargai kasih sayangmu dan aku juga amat menghargai cintamu.

Cuma.. aku hanya ingin kau tahu bahawa aku juga amat menyayangimu, dan aku juga amat mencintaimu. Meskipun kita dalam dunia yang berbeza.. duniamu dan duniaku terlalu jauh. Engkau dengan caramu yang sudah tentu tidak dapat meninggalkan dia.. Dan aku tetap dengan caraku, setia dengan keluargaku.

Walau apa pun yang aku lakukan, aku mahu kau tahu bahawa perasaan ini tidak pernah berubah, aku tetap seperti dulu meski pun 1000 tahun yang akan datang. Cuma kita tak akan dapat bersama lagi. Hanya takdir yang dapat menetukan semua ini. Aku nak kau simpan perasaan ku ini meskipun hati kau hancur dengan kehidupan yang kau ada sekarang.

Walau pun sudah lama tidur mu tidak berbantalkan lengan, namun dengan kehadiranku untuk meraih cinta satu malam dulu amat membahagiakan aku.

Terima kasih sayang kerana memberikan aku kesempatan merasai kehangatan cintamu walaupun sekejap..walaupun satu malam bersama, namun ia memberi kesan kepada seluruh hidupku..

Aku cuma mahu kau tahu perasaanku ini..

From Nizar,
Pontian, Johor.

1 Feb 2013

Mengapa Kita Dipertemukan..? by Aaron Aziz

Hello pembaca semua..

Di kesempatan ini aku cuma nak story kisah cintaku dengan seseorang yang amat ku sayangi pada suatu ketika.

Pada masa aku posting kat negeri lain. Dan sekembalinya aku ke daerahku, aku mula bertemu dengannya di suatu majlin makan-makan. 

Aku jadi terus tertarik sungguh-sungguh dan terus ku risik melalui orang lain. Perasaan itu cuba aku luahkan pada si dia tetapi sudah terlambat kerana dia baru saja dipinang orang.

Perkenalan itu berakhir di situ saja hampir 10 tahun lamanya. Kenangan itu hanya tersimpan di blog ingatanku bahawa aku sudah jatuh cinta dengannya. Meskipun begitu aku masih tetap mengikuti perkembangan dirinya dari hari ke tahun ke tahun.

Pada awal perkahwinannya aku melihat dia amat bahagia sekali dengan suaminya dan memperolehi 2 orang cahayamata. Selang beberapa tahun aku bertemu dengannya secara tidak sengaja di facebook. Kami bertegur sapa dan bercerita panjang tentang kisah masing-masing.

Hubungan kami menjadi akrab kembali dan aku cuba menceritakan kepada dia tentang hasratku suatu masa dulu. Dia terkejut dan merasa agak kesal kerana jodohnya dengan orang lain. Tapi dia redha dan menerima jodohnya itu walaupun sebenarnya mereka sudah tidak bersama di katil hampir dua tahun. Hubungan itu menjadi dingin kerana wujudnya cinta tiga segi dan keupayaan suaminya untuk berubah tidak pernah menjadi-jadi.

Aku yang sentiasa meminati dia terus menjadi peneman kepada isi hati hidupnya..hari demi hari kami ber sms dan kadang2 di internet, dan menjadikan kami semakin akrab dan dari panggilan nama terus bertukar sayang.

Bukan sekadar itu sahaja.. kami juga selalu bertemu dan berperasaan di suatu tempat dan agak kerap tetapi masih terkawal.

Aku cuma ingin memberitahumu..walaupun kita jauh, aku tetap merindukanmu dan sentiasa mengharapkan hubunganmu sentiasa bahagia meskipun sukar. Kasih sayangku tak pernah berubah. I MISS YOU..I LOVE YOU SO MUCH...Muah3...


Keramat, Kuala Lumpur,
Malaysia

Bila Aku Menulis ...