SELAMAT DATANG KE BLOG LUAHAN RASA HATI

11 Jul 2018

Penantian Yang Penuh Duri ~ Penunggu Setia


Hi korang yang boleh baca bahasa melayu . 
Aku nak cerita sikit pasal aku crush kat sorang perempuan ni . Dari dlu sampai laani . 


Perempuan ni nama dia Naili Qurratu Aini Akmaar , Nama FB dia Nelly Azman . 
Aku dulu pernah panggil dia dgn nama YUNA je , tu membezakan aku dgn kenkawan dia yang lain. 
Sebab mungkin hanya aku sorang je yg panggil dgn nama yuna. 


Kami ni kenal dah lama kalau tak silap dari awal 2013 . Sekarang pun dah 2018 . 
Lama dah waktu Berlalu. Kalau lah aku boleh undur kan waktu :')

Masa mula aku kena Si Nelly ni , dia mmg dah ada kekasih hati, Apit nama laki tu . 
Aku pulak masa tu mmg heart broken . Aku baru lpas putus dgn ex lama aku nama dia Ariesha Nur Azreen . 
Kalau search FB pun msti jmpa haha .

Dalam Cerita ni aku takda sailang si Apit ni pun . 
Aku cuma .. mungkin aku ni ada masa Si nelly ni need sombody to talk. 

Nak dipendekkan cerita , after a while kami kenal, kami jadi bgitu rpat ah . 
Semua benda buat same

Rutin kami every late night is,

-Skype

-Dengar MJ12 LIVE SINGAPORE 

even chat bunyi kasar je , 
tapi ada kemanjaan nya .

Nelly ni duduk kl , aku orang kg je . Jumpa pun bila dia balik kg *kebetulan kg dia sma dgn tmpt tggal aku"
Fisrt Kami jumpa , Blind Date la kiranya , Aku yang nampak dia dulu.
Dia xprasan aku pun . Ya Allah aku terus jatuh cinta . 
Paling Sempoi ! dia ni x kesah pun aku bawak kedai mamak hahahahaha
Aku bawak dia jalan jalan pusing kampung . Almaklum Abang kawasan . haha
Pernah aku bgtaw dia melalui Sms " panggil aku kau jela , aku tak biasa la You/i you/i "
Dia pun bantai gelakkkk hahaha .


Suatu hari , hari yang tak baik pun melanda . Ibarat Tsunami besar langgar bandar Acheh .
AKu dgn Nelly ni bergaduh dan aku mmg tak ingat gaduh pasal apa . 
Kalau gaduh tu mmg salah aku , aku mnta maaf sgt lah mgkin aku tak matang waktu tu.
Gaduh nye sampai melibatkan abang dia *yang mana aku tak percaya la tu abang dia, maybe kawan laki dia* 
Ada sorang laki ngaku abang Nelly dan call aku ugut suruh keluar lah , katanya dia kat luar rumah lah .
Sampai Tahap tu kami gaduh . Dari pada Seorang Kawan kini kami seperti orang asing

Aku ada juga berangan yang satu hari dia akan tegur aku balik *crawling back to me
Tu semua angan angan . Ko taw sbb pe ? Sebab aku lama dah tggu dia .
Lepas kami gaduh tu , aku ada juga stalk dia .
Nampak dia dah ada pengganti aku . Orang nya hitam manis, Sebijik macam Khai Bahar :D
Nak banding ngan aku mmg NOTHING sgt aku ni . haha . 
AKu tgok si Khai Bahar ni ada kreta Honda or something la siap ada Sunroof.

Aku apa je adaaaa , kreta pun jenama malaysia je ada ,tu pun asalnya kreta bapak aku.
Tapi ko ingat aku dah giveup ke . Angan angan aku tadi , aku still harapkan hahahaha .
Aku tunggu diaaa . Aku tunggu punya tunggu . Tuppp Dia break! ,tapi.... sangkut dgn Sorang mamat ni.
Nama dia "Amer Eussuoffe" . Orang nya hitam manis jugak . baik , minat sukan permotoran
Aku senyum bila tgok dia dgn amer . Bermakna aku redha . Banyak aku simpan gambar dorang berdua.
Pergi konvoi, kelua lepak KL , Excident sama sama ,luka sama sama . Aku rasa beruntung si Amer tu dpt dia .

Aku rasa masuk tahun ni, takda tahun yang aku lupa wish Birthday Si Nelly ni .
Tapi stiap kali wish , dia balas seolah taknak perbualan tu berlarutan.
Dia macam cut me off la , hahaha 
" Dulu aku kau puja ,Dulu Aku kau sayang , Dulu Aku Sang Juara ,Yang Selalu Kau Cinta "
Kinii roda mmg berputar der . 

Lepas dgn Si Amer, aku mmg ingat end up dgn majlis perkahwinan . 
tup tup Tahun ni 2018 raya aku tgok dia buat sight kt Wicet , 
Keluar ngan laki lain yg ni mmg HENSEM habis . 
Putih , tinggi sikit dari nelly . 
Yang ni mmg aku terus surrender . Tengok gambar dorang mcm keluar beraya .
Tapi Kadang aku fikir , aku takda bnyak pun pengalaman yg dicoret bersama . 
Tapi Si Amer tu Banyak * Excident same same kot * 
takkan sng sng je dorang letgo memori tu ?


Korang rase dia mmg dah tak ingat kan aku ke ? moment moment bersama dgn aku ? 
Atau memang perempuan ni dia ada sistem utk wipe dia punya memory ?
Sampai skarang aku masih rindu Nelly atau YUNA yang aku sayangi . 
Lebih tepat sekali *Permata Ku yang Hilang



Sekian 
Yang benar 
(Si pemetik gitar)
Parit 13 Tok Khalifah

20 May 2018

Cinta Itu Pengorbanan ~ Gadis Biasa

Aku juga insan biasa yang ingin disayangi dan dicintai oleh insan bernama lelaki, aku masih ingat lagi sewaktu aku mengenali apa itu cinta ia memberi 1001 satu makna dalam kamus hidup ku bagiku kita mudah untuk jatuh cinta dan mudah juga kehilangan cinta, 

Aku juga masih ingat waktu pertama kali aku mengenali apa itu cinta ia merupakan satu perasaan yang tidak dapat aku ungkapkan melalui kata -kata secara lisan cukup lah hatiku dan minda berbicara tentang manis nya percintaan itu , tetapi cinta itu juga memerlukan pengorbanan , dan cinta itu juga tidak seharusnya memiliki kan, 

Aku rasa bersyukur kerana aku dapat merasai apa itu nikmat cinta selepas aku berkorban untuk insan yang paling aku sayang ,ia related dlm hidupku tpi hubungan kami tak ada jodoh panjang, kehilangan dalam percintaan semestinya setiap orang akan melaui nya termasuk juga aku, tetapi aku kuat sebab orang sekeliling aku sentiasa memberi sokongan untuk aku pulih dan sedar cinta yang hakiki ada! lah cinta kapada Allah swt berbanding cinta kepada manusia.

Luahan hati,
Gadis Biasa,
Selangor Darul Ehsan

21 Nov 2017

Rindu Hamba Yang Bernama Abid ~Cahaya Al Quran

Admin assalamualaikum

.. X sangka ada ruang macam nie utk meluahkan perasaan.. huh.. blurpppp...dah sebulan lebih .. kejadian itu jadi .. tapi masih segar dlm ingatan ku tentang seseorang hamba yang bergelar ABID(org yg beribadah) ... walaupon ko kate ABID dah mati masa tu .. 

Ak x kan lupe tarikh 03/10/2017.. pgi yang x kan ak lupekan .. hari ak kehilangan ABID selama nye atas kebodohan ku... mcm mne idup ku lepas tu .. seminggu ak mencari ...stalker insta dia... sbb ak x leh lupekan dia ... ak tido berteman kan zikir .. setiap kali berdoa .. nama dia meniti di bibirku ... setiap saat .. kenangan itu datang .... mcm mne ak nk ungkapkan perasaan rindu yang datang niee ... perasaan yang x dpt ak nk gambarkan .. aku rasa dunia ak btl2 gelap ... kerana seorang yg bernama ABID ... dan ak x tau dia akan membaca catitan nie .. 

atau Admin nie akan tayangkan ke x ..yg ak tau .. ak dpt meluahkan perasaan yg datang nie ... "ye abid ak tau" ak lah manusia paling ko benci .. d! an x mahu jmpe .. ak tau .. ak sedar .. ak x layak dengan ko ... tapi tidak layak kah ak idup di samping mu .. terlalu mahal ke .. harga tiket yang perlu ak beli utk idup di sampingmu ...mgkn ak x layak idup di samping kau ... sbb ak dh menipu ko .. yang ak tau .. 

Cume satu je .. yg ada ... cinta ikhlas dari aty ini .. kerana allah .. utk mu ABID .. ak cume punya cinta yang ikhlas .. itu saja yang ak leh ungkapkan .. sehingga sekrg pon ak masih berharap allah temu kan ak kembali dengan kau .. sbb pg tu ko marah sgt .. ak fhm perasaan ko .. kali nie biarlah perjumpaan yg allah tetap kan ... biar lebih tenang .. utk ak meluahkan rasa nie .. dan maafku ini .. andai kate ko menolak diri ini ... ak redha 

 Itu lah perjanjian ku dngan yng maha kuasa. dalam solatku.. jika sebalik nyee ... .ak anggap allah memakbulkan ... doa hamba yg khilaf ini ... percaya dngan kekuasan mu- aku cume seorang hamba yang khilaf... .

Luahan hati Cahaya Al Quran,
Skudai, Johor.

6 Nov 2017

Luahan Hatiku ~ Gadis Puitis

ASSALAMUALAIKUM...

Aku pernah melalui begitu banyak pengalaman pahit dalam percintaan, berkali - kali juga aku di permainkan oleh insan bernama lelaki. salah ke aku untuk disayangi? aku tak pernah minta banyak pun just nk kasih sayang ,perhatian , kejujuran dan setiaan. And aku percaya semua orang juga mahukan yang sebegitu juga,

Banyak kali dah aku kecundang daam cinta, hingga lah yang terakhir ni, aku kenal dia tak sampai setahun, permulaan kami sekadar kawan namun bertukar menjadi sayang, namun setelah lama kami berkawan, aku mula nampak perubahan demi perubahan mula ditunjukan

Aku diam tidak mahu tunjuk bhawa aku sedar perubahan dia..aku tahan rasa pendam selagi mampu, sampai satu peristiwa aku mula hingga sabar dan kekuatan tentang kebenaran yang selama ni dia sembunyikan.kenyataan yang selama ini dia hanya berpura pura menyayangi aku hanya kerna ingin menghilangkan rasa bosan nya dan jadi kan aku sebagai alat untuk tidak ada sesiapa kacau dia.

sakit, pedih kecewa, marah , smua jadi satu dalam hati aku.. saat tu allah je tahu ape aku rasa. Aku cari kekuatan untuk berhadapan dengan dia meskipun aku tak boleh..aku nekad untuk menanyakan perihal dia pada yang rapat dgn dia, tapi perbuatan tu di salah ertikan oleh dia.. seolah aku yang begitu jahat dimata orang sekeliling kami. Hingga aku kehilangan orang yang rapat dengan aku

Aku menghubunginya dengan harapan aku boleh perbaiki semula hubungan kami,tapi jangkaan aku meleset, dia semakin hari semakin diam.. malah dia buatkan aku dan keluarga bergaduh, kerjaya aku musnah dek kerna gn dia.. hampir 2 bulan aku meyendiri tidak keluar rumah mahupun bercakap dengan orang, aku mampu menangis dan terus menangis.

Aku terus berusaha untuk memenangi hatinya semula meskipun aku tahu tu takkkan berhasil. tiap hari aku message tanpa jemu.. hingga lah aku sendiri berhenti bagi dia ruang.. aku mula biarkan dia tanpa sebarang gangguan..kerna dia inginkan masa . hingga dia sendiri mula message dengan memaki aku tanpa ada sikit rasa bersalah memalit kan segala silap pada..aku memang nampak buruk pada orang

KINI...

hampir 3 bulan aku break dengan dia , aku berubah menjadi orang yang keras hati.. hati aku masih belum terbuka untuk mencari lain sebab aku takut takut dijadikan permainan.. aku mula bina balik semangat , kerjaya aku untuk masa depan aku.. airmata ni da kering sampai tak boleh nak nangis dah.. 
meskipun teruk dia wt hidup aku,, namun aku masih mampu memaafkan dia tanpa sedikit perasaan dendam pada dia.. yang ada hanya perasaan kecewa amat sangat, dia sudah pun menemui orang baharu, cuma satu sahaja agar dia tidak menyakiti perempuan tu seperti mana dia lakukan pada aku. aku berterima kaih pada dia sebab dia aku boleh jadi hati sekerasnya..bina tembok kebencian dalam diri.

just masa aku perlukan untuk aku singkiran smuanya dari hidup aku..doa kan aku :')


Luahan Hati,
Gadis Puitis,
Johor Bahru, Johor

20 Oct 2017

Putus Cinta ~ Syamel

Nama aku syamil. Umur aku 17 tahun. Aku pernah putus cinta dan aku tahu sesiapa saja pernah lalui pengalaman berputus xcinta. Ada yg blh melupakan seseorang itu dgn jangka masa yg pendek tapi ada yg melupakan seseorang tu dlm jangka masa yg panjang. Sehingga sekarang seseorang yg aku selalu related bila aku dlm kesusahan. Seseorang yg berjasa pada aku. Seseorang yg sentiasa dibelakang ku. Seseorang yg ada dikala aku susah dan senang pergi meninggalkan aku dan aku xblh melupakan dya . Aku tahu jodoh, ajal dan maut semua ditangan allah. 

Salah kaa aku berdoa dan berusaha untuk menjadikan dia yg halal untuk aku. Tapi itu salah aku juga aku selalu kongkong2 dya aku selalu cemburu terhadapnya. Tapi itu semua untuk kebaikannya. Aku hanya nk yg terbaik untuk aku. Bila aku suruh jga diri di sekolah, dya kata xda apa2 yg akan berlaku punya. Mcm mna aku nk katakan lagi supaya dya percayakan aku. Selama nie aku xpernah salahkan dya. Selama nie aku xpernah xikut ckp dya.

 Setiap apa yg dya ckp aku akan ikut. Aku cuma cemburu bila dya terlalu rapat dgn kawan lelaki dya. Aku cuma takut dya pergi tinggalkan aku disebabkan rapat kawan lelakinya. Sebabnya aku dan dya pun mula kenal daripada berkawan. Sehingga sekarang susah bagi aku untuk melupakan dya. Dya sahabat dya segalanya. Xda siapa yg blh gantikan tempat dya dlm hatiku.

Syamil, Kedah

30 Sept 2017

Insan Yang Kecil ~ Aleeya


Adakah aku tidak penting di ruang hati manusia lain??Aku di sini, berasa lelah dan penat. Aku perlukan bantuan. Ya, bantuan seseorang amat penting untuk aku menyelesaikan tugasan ini. Tapi siapa? Siapa yang harus ku minta pertolongan??

Semua orang sudah ku tanya. Namun tiada seorang pun ingin membantuku. Aku hanya mampu meminta pada Yang Esa. Ya Allah, mengapa tiada seorang pun mahu membantuku? Apa salahku? Bukanlah permintaanku ini sukar untuk dicapai. Namun masih tiada sesiapa ingin membantuku.
Masa aku semakin suntuk. Aku semakin penat dan lelah. Semakin itu jugalah ramai orang makin pentingkan diri.

Ya, Aku selalu dituduh leka. Namun, adakah mereka sedar bahawa aku sering memperingati mereka? Tidak. Mereka hanya mahu menyalahkan orang lain.
Masa tidak akan berputar kembali. Masa sentiasa berjalan. Ianya bergantung kepada kita sama ada untuk menggunakan masa dengan sebaiknya atau tidak. Sekarang, aku sedih. Tiada sesiapa ingin bantu insan yang lemah sepertiku. 

Hujan yang turun berderai makin melemahkan aku. Harapan aku kian hancur. Perkara lain pula hancur berderai. Aku pasti akan dimarahi lagi. Ya Allah, hebatnya dugaanmu.
Aku hanya insan kecil yang meminta pertolongan. Namun kerana itulah tiada sesiapa ingin menolongku. Oh sesiapa, tolonglah aku. Oh hujan, ku mohon kau berhenti. Oh pelangi, muncullah kau. Oh Tuhan, bantulah aku ..

Aku tak kuat. Aku juga ada perasaan di sebalik senyumanku. Aku perlukan bantuan. Masa aku semakin suntuk. Jadi tolonglah, tolonglah, tolonglah, tolonglah, bantulah aku.. 
Namun aku pasti.. Tiada sesiapa yang akan mendengar rintihan.. Daripada insan yang kecil sepertiku.

Luahan hati,
Aleeya,
Kuala Kangsar, Perak

17 May 2017

Ikhlaskah Kau Sebagai Tunangku ~ Meytha

Bila aku menulis,seakan hujan tahu isi hati ku.. 

Sedang aku disini menjadi sang setia, hujan pun ku anggap pelukan mu .. ALLAH !
aku rase dah tak terdaya bila tahu semua ini harus terjadi ..Adakah ini karma untuk aku Sebab masa silam dulu ?.. kerana terlalu mencintai aku terpaksa melepaskan dia lalu memilih kau.. ya allah sungguhnya aku tidak kuat untuk hadapi ini semua..masa berlalu pantas.. berkenalan sampai tunang..dari hari ke hari aku menahan sakit ini..aku sering bertanya pada diri ku.. apakah kau ini di datangi untuk ujian atau takdir ataupun memang jodoh ?.. tuhan.. 

sesungguhnya aku amat mengharapkan pertolongan mu..sungguh pun aku tak kuat untuk lalui ini semua. walaupun sekarang kau sebahagian dalam hidupku, aku tidak dapat merasa bahawa kau ikhlas. apa kau anggap aku adalah kambing hitam ?.. Allah.. aku sangat sedih..hari perkahwinan ku semakin hampir.. Allah aku perlukan pertunjuk mu..


Luahan hati,
Pasir lanun, pantai

5 Dec 2016

Seperti Tiada Nilai ~ Gadis Biasa


Assalam..

Maaf..jika coretan ni menggangu..sekadar utk meluahkan apa yg dirasa..aku hanya insan biasa yg banyak kekurangan..tapi apakan daya kelemahan ni membuatkan perasaan ni seperti tiada nilai..aku juga ingin bahagia seperti org lain layak dicintai..disayangi..memiliki kehidupan sendiri bersama org2 yg aku syg..tapi..semua tu tak pernah pun melintasi walaupun seketika dalam hidupku..ada ketika..aku terasa bila melihat kawan2 bahagia..ada suami yg baik..ada anak2 yg comel..tapi aku tiada semua tu..hanya mampu melihat..aku tahu semua ni dah ditentukan..tapi sampai bila..aku jugak manusia biasa bila melihat kebahagian org lain..aku menangis sendiri..mengalir segala kedukaan yg aku pendam..

Hari demi hari waktu demi waktu berlalu begitu sahaja tanpa ada perubahan dalam hidupku..tanpa ada bibit cinta yg lahir..semakin lama hari yg berganti waktu berlalu begitu sahaja..usiaku juga sudah bertambah setiap tahun tak pernah lupa pasti kan bertambah 1 thn..tapi aku masih seperti ni..tanpa kekasih..tanpa cinta..tanpa rasa sayang dari seorang lelaki..😢😢😢

Aku cuba untuk menjadi kuat..tanpa terlihat kesunyian yg aku rasai..tak pernah aku pamerkan..tak pernah aku luahkan pada sesiapa..aku cuba kawal emosi ku didepan semua org..tapi aku kecewa dgn sikap sesetengah org yg sentiasa ambil tahu perkembangan kita..aku tahu mereka ambil berat..tapi ada jugak yg mengambil kesempatan dgn kekurangan yg kita ada..aku tahu siapa diri aku..aku tak sencantik kau..aku tak semanja kau..aku banyak kekurangan..tapi jgn menilai aku serendah itu hanya aku belum dimiliki sesiapa didunia ini..

Setiap hari aku mengadu kepadaNYA..aku perlukan kekuatan utk meneruskan hidup..aku tahu ramai teman2 ku dikolej dahulu yg sama2 dulu mentetawakanku dari jauh..mereka menilai aku tanpa rasa simpati terhadap diriku..Terpulang apa yg mereka ingin katakan..yg aku tahu aku masih ada dia yg maha ESA

Terima kasih YA ALLAH..sehingga hari ni masih memberikanku kekuatan dan permudahkan jalan untuk ku..walaupun aku sedar..aku dah tak cukup kuat untuk hadapi semua ni..InshaAllah aku mengharapkan sesuatu yg luar biasa akan berlaku dalam hidupku..mendapatkan yg terbaik darimu YA ALLAH..Aku kan sentiasa menunggu..

Akan hadir seorang insan yg selama ni aku tunggu dalam hidupku..Tolong yer..segera hadir..sudah terlalu lama aku tunggu ni..😊😊😊

Luahan Hati Gadis Biasa,
Johor

24 Nov 2016

Menyesal ~ Qhayy

Aku rasa menyesal sikit. Aku tak tau tentang diri aku sendiri. Aku sendiri tak dapat kaji, yang aku ni suka dekat dia(1) atau pun dekat dia(2).Tapi, entah kenapa bila aku tahu dia(1) suka dekat orang lain, aku tetiba sakit hati then, bila aku tahu dia (2) suka dekat aku hati aku berdebar debar. 

Dan aku rasa aku macam nak mengorat dia (2) tu but, aku thinking pula dekat dia (1). Tapi, dia (1) bukannya suka dekat aku pun. Buat apa nak berharap panjang sedangkan dia (2) suka dekat aku. Tanpa malu, aku bawa si dia (2) ni couple then dia terima. 

Baru 3 hari aku rasa dah geli. Geli yang sudah nak di jelaskan dengan kata kata. Tapi, kalau nak break, kasihan pula dekat dia (2) sebab dia (2) kata yang dia tak sanggup kehilangan aku. Aku menyesal, kalau aku tahu siapa yang lebih aku suka, mesti aku tak jadi macam ni. Tapi, kenapa makin lama dan makin lama dia (2) makin sayang aku dan aku makin tak sayang dekat dia (2). 

Aku kata sayang tapi dalam hati tak. Mungkin aku suka dia (1)? Aku harap, aku dengan dia (2) boleh jadi kekal walaupun, dalam hati ni tak de jalan lain nak Kate. Byyee. 
Sorry lah kalau meluat..

Luahan hati Qhayy,
Selangor Darul Ehsan

24 Oct 2016

Cinta Yang Belum Tamat ~ EE

Darina....

Perkenalan kita tidak lah seindah mana. Atas dasar kerja aku sampai kerumah sewa korang.. Tugas sebagai pemasang modem internet mempertemukan kita. Aku masih ingat kau lari sewaktu aku mencari alamat rumah sewa kau.. Kau lari kerana terkejut atas kehadiran aku.. Comel, sangat comel waktu itu. Aku yakin kawan kawan serumah kau juga perasan yang aku hanya terpaku melihat kau.Tapi aku cuba juga mengalihkan perhatian aku dari terus memandang kau.Namum akhirnya aku beranikan diri meminta no talifon kau dari kawanserumah kau.


Perkenalan itu tak berakhir hanya disitu. Aku terus berhubung dengan kau untuk mengenali kau. Aku tak tahu aku jatuh cinta atau tidak pada waktu itu. Aku hanya suka, aku tertarik. Namun pada waktu itu, aku masih terluka kerana cinta yang kubina bersama bekas kekasih aku terputus di tengah jalan kerana hadirnya orang ketiga. Oleh kerana itu, banyak luahan hati aku yang mengisi topik perbualan kita setiap kali kita berhubung. Aku cepat marah, cepatmenengking apabila aku terfikir perbuatan bekas kekasih aku. Namunkau sabar melayan karenah tak matang aku tue. Sayang, perasaan sayang wujud sedikit demi sedikit apabila kita lebih banyak meluangkan masa bersama.

Pada waktu itu kau masih belajar di sebuah institusi. Cita cita kau ingin menjadi pendidik dan mendidik kaum kaum yang berada jauh di kampung kau di sabah. Dan aku hanyalah bekerja sebagai pendawai yang bekerja dengan org lain. Jadi aku tidaklah mempunyai pendapatan yang banyak. Disebabkan itu, kita hanya banyak keluar dating di gerai gerai tepi jalan je. Namun kau tetap mahu menjadi orang yang sentiasa dibelakang aku. Kau sabar dengan semua karenah bodoh aku. Kau hadapi semua marah marah aku dengan senyuman dan nasihat yang berguna kepada aku.

Cinta, aku jatuh cinta bila kau sabar dan setia menjadi teman suka duka aku..

Walau agama membezakan kita, namun perasaan sayang dan cinta itu wujud tanpa kita menduga. Indahnya perasaan itu jika kau mengerti sayang. Kau terus memberi semangat kepada aku untuk berubah dan mencari kejayaan dalam hidup. Kau ada banyak idea utk mengubah masa depan aku. Sehinggalah aku menjadi seorang usahawan. Aku bangga dengan adanya kau dalam hidup aku. Aku bangga dengan kawan2 aku memiliki seorang gadis yang comel dan sangat mengambil berat terhadap aku.


Aku mula rasa kehilangan selepas tiga tahun kau ada dengan aku. Kau perlu posting kerja di sarawak. Namun kita masih terus berhubung dan aku kerap kesana untuk berjumpa dengan kau. hubungan kita berlanjutan sehingga 8 tahun. Kasih dan sayang aku kepada kau tidak pernah berubah. Malah aku makin sayang dan rindu pada kau. Kau juga selalu datang ke semenanjung untuk kita berjumpa. Aku rindu saat saat kita bersama sayang. Aku merasakan aku lah orang paling bahagia pada waktu itu. Walaupon jarak memisahkan kita, tapi hati kita terus saling sayang.

Pada tahun kelima kita bersama, perubahan sikap kau mula kelihatan. Aku selalu dipersalahkan jika berlaku apa2 pertengkaran. Sehinggalah pada suatu hari kau jujur beritahu aku yang kau mengenali lelaki lain. Hubungan kau dengan dia di sukai oleh keluarga kau. Sedangkan aku adalah lelaki yang tidak seagama dengan kau dan selalu di tentang keluarga. Aku minta kau imbas kembali saat kita bersama dulu.

Aku tahu kau juga dapat rasakan apa yang aku rasa. Disebabkan rasa bersalah
kau minta maaf dengan aku dan memutuskan hubungan dengan dia. Aku rasa bagai mati hidup semula.. Namun aku sedar, hubungan kita tak akan berkesudahan jika tidak ada diantara kita yang sanggup tukar agama. Aku memang tidak sanggup tukar agama aku, begitu juga dengan kau. Hubungan kita berterusan sehingga kini. Namun kau sudah berubah Kau sudah ingin memilih untuk berpisah. Namun aku masih sayang dan disebabkan perasaan aku kau bertahan... Hingga saat ini, aku tak tahu apa akhirnya. Namun, jauh disudut hati aku, aku sedar hubungan ini sudah sampai penghujungnya. Aku hanya perlu redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Lapan tahun bukanlah satu masa yang singkat pada aku. Lapan tahun hubungan itu aku jaga dengan penuh setia. Namun aku tahu, kau harus tinggalkan aku suatu hari nanti.

Sayang, jika suatu hari nanti awk tinggalkan saya, janganlah awak pernahlupakan saya. Jika suatu hari nanti awk sudah berkeluarga, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan keluarga awak. Sayang, sejujurnya saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan kini.Apa yang saya tahu, setiap kali awak marah dan ingin memulakan pergaduhan, saya sangat takut. Saya hanya berdiam. Saya cuba buang perasaan sayang saya seperti awak suruh. Saya juga cuba keluar dengan perempuan lain seperti awak suruh. Tapi sayang saya pada awak tak pernah hilang. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan. Dan saya tak tahu bagaimana saya nak luahkan lagi. Saya redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

Kepada yang membaca, komen dari anda amatlah diperlukan. Terima kasih.



Kisah Hati EE,
Kedah

Bila Aku Menulis ...